
Kepada mereka yang mahu mengetahui bagaimana cara untuk menanam bawang putih di Malaysia dengan menggunakan polibeg. Berikut kami kongsikan kepada anda panduannya yang dikongsikan oleh tanomkinotuan.blogspot.com
Menurut entri blog TanomKita mengatakan bahawa, bawang putih merupakan tumbuhan yang sangat suka di kawasan yang menerima hujan yang sedikit kerana ianya cepat busuk. Perkara itu disebabkan oleh mikro jahat pada akarnya.
Langkah 1: Pilih Benih Bawang Putih
Siapa yang ingin menanam bawang putih hendaklah mencari bawang putih heriloom atau bukan hibrid bagi hasil tuaian yang baik. Jadi anda boleh beli secara atas talian. Pastikan membeli di tempat yang bekelayakan dan harga murah.
Selain itu, anda juga sebenarnya boleh menanam pelbagai jenis bawang putih yang lazim ditanam seperti bawang putih hardnick, bawang putih gajah (Gaint Elephant garlic) dan bawang putih softnick.
Tips dan panduan untuk anda bagaimaan memilih bawang putih yang dijual di pasaran bagi dijadikan benih, sila pilih bawang putih yang berasal dari India atau pakistan kerana bawang ini rata-ratanya jenis heirloom/warisan.
Langkah 2: Rendamkan benih bawang putih tersebut.
Mulanya anda hendaklah mengasingkan setiap ulas bawang putih jika ia masih sebuku (bulb). Seterusnya pilih ulas bawang putih bersaiz besar sahaja.
Ini disebabkan bawang putih yang mahu ditanam akan membentuk bulb bawang putih yang besar manakala sebaliknya.
Jadi disebabkan itu pilihlah ulas bawang putih yang besar bagi ditanam.
- Sediakan cawang atau mangkuk
- Masukkan beberapa helai tisu kedalamnya biar tisu tersebut melekap di dasar bekas yang digunakan
- Tuang air sehingga tisu basah.
- Masukkan ulas bawang putih yang ingin ditanam dengan bahagian akar harus menyetuh pada tisu secara menegak.
- Letak bekas di tepi tingkap agar mudah diperiksa ketika menjenguk.
Tujuan melakukan perkara ini bagi memecahkan domensi bawang putih agar ianya berakar dengan cepat. Biarkan ulas-ulas tersebut selama 3 hari. Selepas 3 hari ulas tersebut sepatutnya telah mengeluarkan akar.
Langkah 3: Sediakan medium tanaman
Untuk pengetahuan semua, bawang putih adalah jenis tanaman yang menyukai jenis tanah poros, tidak menakung air dan kaya dengan nutrient.
Jadi pemilihan tanah sangat penting bagi menanam bawang putih, sediakan media dengan campurkan 1 bahagian tanah kebun, 1 bahagian sabut kelapa hancur dan 1 bahagian kompos haiwan.
Gaul merata dan masukkan ke dalam polibag saiz 15 x 18 kerana akar bawang putih sangat banyak dan berada d bawah tanah.
Buatkan lubang sedalam 2 inci dan masukkan seulas bawang putih ke dalam lubang dan timbus semula. Bagi polibag saiz 15 x 18 anda boleh menanam 4 ulas bawang putih.
Kemudian selepas tanam anda boleh menyiram dengan air secukupnya jangan disiram tanah sehingga bawang tumbuh (6hingga 8 hari pertumbuhannya), kecuali jika media nampak kering bolehlah anda siram semua.
Tuaian:
Untuk pengetahuan anda semua, anda boleh menunai bawang putih dengan jayanya selepas tempoh pertumbuhan bawang putih iaitu sekitar 120 hari mengikut kepada variatinya.
Sekiranya anda dapati daun dibawahnya sudah mula mengunina maka ia sudah sedia untuk dituai, Tabut bawang putih anda dan keringkan ditempat teduh terlebih dahulu sehingga 2 inggu. Selepas 2 minggu bolehlah digunakan bagi keperluan dapur anda.
Leave a Reply