[VIDEO] ND Lala terus pulang selepas nikahkan Shila dan Ubai cetus tanda tanya netizen

Tindakan penyanyi Datuk ND Lala meninggalkan majlis pernikahan anak perempuannya iaitu Shila Amzah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ketiadaan ND Lala mula disedari selepas pengacara majlis yang juga penyampai radio, Muaz meminta bapa pengantin perempuan dan lelaki naik ke pelamin untuk bergambar kenang-kenangan bersama pasangan mempelai.

Ibu Shila iaitu Datin Fauziah Sarman kemudiannya naik ke pentas untuk bergambar namun hanya ditemani oleh anak lelakinya iaitu Amir Syahir tanpa kehadiran ND Lala dan dua lagi anaknya iaitu Amir Syafiq dan Nur Syuhada Amzah.

VIDEO :

KOMEN NETIZEN :

Yg penting dia dh tunaikan kewajipan dia sbg wali. Selebihnya biarlah hal keluarga mereka

nak kena tunggu sidang media ke?.. apa2 pun jgn balik dulu..kena layan tetamu terutama wartawan?.. itu mcm ke?.. ke nak tunggu cuci pingang mangkuk hanyut dulu

Dia sudah jalankan tanggung jawab sebagai bapa menjadi wali kepada anak dia sudah bagus. yang lain2 kita orang luar bersangka baik2 pada mereka semua. Doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga kejanah aamiin2

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*