
MALAYSIA: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertudvhan melastik seorang wrga emas sehingga mendatangkan kecedeeraan, Khamis lalu.
Kedua-dua tertudvh, Mohammad Roslan Abdullah, 18, dan Muhammad Aziman Peli, 25, mengaku bersalah selepas pertudvhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.
Mohd Dinie Shazwan memerintahkan kedua-dua tertvduh membayar jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir ke rumah keluarga Muhammad Roslan bagi melengkapkan laporan sosial.
Mengikut pertudvhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan keceedeeraan terhadap Wan Bidah Wan Deraman, 67, dengan cara melastik di tangan kirinya pada kejadian di Kampung Banggol Pauh, jam 8.10 malam, Khamis lalu.
Mereka didakwa mengikut Sksyen 323 Kanun Kesksaan dan dibaca bersama Sksyen 34 Kanun Kesksaan yang memperuntukkan hukvman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Gayathri Sambath manakala kedua-dua tertvduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Zuraidah Abdul Aziz dan Hafilah Hamzah.
Mahkamah menetapkan 5 November ini untuk menjatuhi hukvman terhadap kedua-dua tertudvh.
Sebelum ini 4 Ditahn berhubung dengan kes tersebut
Empat remaja dipercayai terlibat kes buli seorang wanita warga emas di Banggol Pauh, Bekelam, Bachok Rabu lalu direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman hingga Selasa ini terhadap keempat-empat suspek berusia 15 hingga 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Tuan Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor.
Kesemua remaja itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Sksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan kepada mngsa dan Sksyen 506 Kanun Kesksaan kerana melakukan ugutan jnayah.
Sebelum ini, tular video berdurasi 30 saat di laman sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki tergamak mengganggu dan membuli seorang wanita warga emas, Wan Bidah Wan Deraman, 67 sehingga dia terpaksa melarikan diri.
Dua remaja berusia 16 dan 18 tahun itu ditahan ketika mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok pada jam 2.30 petang manakala dua lagi berusia 15 dan 18 pada jam 5.30 petang semalam.
Difahamkan dua remaja yang berusia 16 dan 18 tahun itu juga merupakan anak sepupu mngsa. Warga emas berkenaan mendakwa mengalami lebam dan sakit pada bahagian lengan selepas dilastik remaja berkenaan.
Warga emas itu yang juga ibu tunggal memberitahu, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Rabu lalu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya seorang diri.
Katanya, dia didatangi kira-kira enam remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.
Video berkenaan telah telah pada minggu lepas menunjukkan sekumpulan remaja membuli seorang warga emas. Menurut sumber sebelum ini remaja tersebut sering berbuat demikian.
Warga emas tersebut dikatakan travma dengan keadaan tersebut dan katanya dia juga dilastik oleh remaja tersebut. Wargamaya memohon agar kumpulan remaja itu dikenakan hvkuman yang berat.
Leave a Reply