Neelofa Akhirnya Kongsi Nama Anak Kedua

Neelofa memaklumkan memilih Abdullah Abbas sebagai nama bayi lelaki keduanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.

Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..

Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.

Sehingga ada hadith nabi saw bertanya

Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga

Dan Bilal menjawab

‎مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ.

Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’”
Riwayat al-Bukhari (1149)

Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A

Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas

Merujuk hadith:

‎تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ
Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)

Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”

Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya

‎اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
– [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”

Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam

Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu

KOMEN NETIZEN :

Alhamdulillah sedap nama tu tahniah

Allahu…semoga umi, bilal dan abbas sihat selalu…aamiin.

simple tp sgt dlm maksudnya.. semoga Abdullah Abbas membesar dgn sihat, dikurniakan akal yg cerdas dan fizikal yg cergas juga semoga menjadi ank soleh dan cemerlang dunia akhirat

Sumber : mStar

  • Related Posts

    Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

    VIDEO : Komen netizen :

    Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

    • By mysumber
    • September 4, 2024
    • 22 views
    Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

    Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

    • By mysumber
    • September 3, 2024
    • 25 views
    Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

    Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

    • By mysumber
    • September 3, 2024
    • 30 views
    Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

    Suami rentap tudung isteri depan cashier…

    • By mysumber
    • September 3, 2024
    • 36 views
    Suami rentap tudung isteri depan cashier…

    Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

    • By mysumber
    • September 3, 2024
    • 36 views
    Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

    “Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…

    • By mysumber
    • September 3, 2024
    • 30 views
    “Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…