Najib Razak Dilantik Menteri Ekonomi. Lim Guan Eng Menteri Kewangan, Ini Respon Bekas Perdana Menteri

Semalam Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat.

Dalam satu sidang media tergempar di Kuala Lumpur pada Rabu, beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya disambut tepukan, sorakan dan laungan ‘reformasi’ daripada penyokongnya.

Hari ini pula spekvlasi senarai kabinet Anwar dan nama bekas Perdana Menteri, Najib Razak juga tersenarai sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, di mana jawatan tersebut kini di sandang oleh Azmin Ali

Najib: Saya report kepada ‘boss saya’ Guan Eng tak?

Bekas perdana menteri Najib Razak secara sinis berkata apakah beliau perlu lapor kepada “bossnya” Lim Guan Eng dalam kabinet baru kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim kelak.

Ia merujuk kepada laporan sebuah portal yang menyenaraikannya sebagai barisan kabinet Anwar bersama Setiausaha Agung DAP itu; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

“Laman web yang lapor saya antara 19 ahli parlimen Umno yang sokong Anwar jadi PM juga senaraikan saya sebagai menteri jaga ekonomi.

“Individu yang pernah difitnah ada ijazah juga dilantik menteri air, tanah dan sumber asli.

“Nak tanya, saya report kepada boss saya menteri kewangan Guan Eng tak?” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, petang ini.

Berdasarkan tangkap layar yang disiarkan Najib di Facebooknya, portal terbabit menyenaraikannya sebagai menteri hal ehwal ekonomi, Lim sebagai menteri kewangan, Mohamad sebagai menteri pertahanan dan Mahfuz sebagai menteri air, tanah dan sumber asli.

Portal itu menyenaraikan 19 ahli Parlimen Umno yang didakwa menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Semalam, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan baru.

Jelasnya dalam sidang media di hotel Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur semalam, sokongan dimiliknya agak besar dan bukannya majoriti tipis.

Anwar berkata beliau mendapat sokongan daripada majoriti ahli Parlimen Melayu.

Sejurus pengumuman Anwar, Ahmad Zahid kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak mampu menghalang ahli Parlimen Umno, BN menyokong Anwar.

Hisham: Umno perlu waspada, sedar b4haya sokong Anwar

Umno tidak perlu melayan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkenaan memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein yang menyifatkannya sebagai propaganda untuk mengalihkan perhatian menjelang PRN Sabah.

Pada masa sama Hishammuddin juga berpesan bahawa Umno perlu berwaspada dan sedar akan bahaya menyokong presiden PKR itu, yang menurutnya membuka pulang kepada DAP untuk berkuasa.

“Umno mesti berwaspada dengan taktik Anwar dan sedar bahaya menyokongnya. Ia hanya akan membuka peluang kepada DAP untuk lebih berkuasa di negara ini seterusnya membawa mudarat kepada kepentingan agama, bangsa dan negara yang kita perjuangkan selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Apa jua yang diumumkan Anwar semalam, perkara paling penting untuk parti ialah fokus kepada usaha memenangi PRN Sabah.

“Jangan rencatkan usaha, mengganggu fokus dan mematahkan semangat mereka dengan kenyataan yang boleh menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Umno dan jentera BN,” kata bekas naib presiden Umno itu lagi.

Kenyataan Hishammuddin itu tampak berbeza dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berkata dia dimaklumkan ramai anggota parlimen Umno dan BN yang menyokong Anwar dan parti tidak dapat menghalangnya.

Zahid juga menegaskan Umno dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan terhadap kerajaan hanyalah menerusi anggota parlimen.

Hishammuddin pula berkata keputusannya untuk menyertai pentadbiran adalah berdasarkan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri serta anggota parlimen kerajaan perlu turut memberi sokongan padu kepada Muhyiddin.

“Jangan kita jadi anggota penting kerajaan, menikmati kelebihan tapi pada masa sama tidak sokong kepimpinan. ini mesti menjadi peringatan untuk semua menteri, timbalan menteri dan ketua GLC yang dilantik.

“Jika ada anggota kerajaan bertekad sudah tidak mahu menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada, eloklah berundur daripada kerajaan,” katanya lagi.

Semalam, pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Zahid, menyifatkannya untuk mententeramkan akar umbi parti itu yang tidak senang terhadap kerjasama dengan Bersatu.

Malah dia juga dipetik The Malaysian Insight berkata Hishammuddin antara anggota parlimen Umno yang membuat perjanjian dengan Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang turut melibatkan Hamzah Zainuddin – pemimpin Umno sebelum menyertai Bersatu.

‘Anwar patut mal-u’

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata semua anggota parlimen Bersatu menyokong penuh Muhyiddin yang menurutnya telah membuktikan kemampuan membela nasib rakyat di saat penularan Covid-19.

Ahmad Faizal Azumu

Katanya lagi, anggota parlimen Bersatu juga berpendirian pengumuman Anwar semalam hanyalah gimik politik dan tidak lebih sekadar percubaan mengkucar-kacirkan kepimpinan negara di saat rakyat semakin yakin dengan Muhyiddin.

“Jika Anwar benar-benar mempunyai sokongan majoriti, dia seharusnya membuktikan dakwaan itu menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Hishammuddin pula berkata Anwar patut berasa malu atas tindakan yang menurutnya hanya memikirkan kepentingan peribadi tanpa mengendahkan kebimbangan rakyat di saat wabak Covid-19 masih menjadi ancaman.

“Propaganda seumpama ini sudah dilakukan Anwar berkali-kali.

“Kalau betul sudah ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat, beritahulah kepada umum, berapa orang anggota Parlimen yang menyokong dan dedahkanlah siapa anggota Parlimen Umno yang berpaling tadah,” katanya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*