
Mukhairi Ajmal bukan nama asing lagi dalam kalangan peminat bolasepak tanah air apabila pemain muda negara ini menyerlah dalam membantu pasukan bawah 18 tahun negara. Pemain ini mendapat perhatian peminat tanah air sejak tahun lepas lagi.
Pemain ini juga antara pemain muda yang berjaya apabila berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan yang beraksi di Liga Super, dia juga berjaya membuat penampilan ketika berusia 18 tahun dalam liga tertinggi Malaysia iaitu Liga Super bersama pasukan PKNP FC.
Tahukah anda pemain ini juga berjaya menempah nama ketika bertemu pasukan Kedah dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2019 dan menjadikannya antara pemain termuda menjaringkan gol pada musim 2019.
Pemain ini dianggap sebagai satu prospek negara untuk masa hadapan bolasepak Malaysia. Mukhairi tenang mengawal jentera tengah pasukan negara. Bahkan jurulatih PKNP sendiri mempercayai kemampuan pemain ini dan disebabkan itu jurulatih selalu memberi peluang untuknya beraksi.
“Jika kita tengok pemain ini bersama bola dan juga tanpa bola, dia seolah-olah sudah tahu apa yang ingin dia lakukannya.- kata Abu Bakar Fadzim
Abu Bakar mengakui bahawa sukar untuk melihat pemain muda mampu dan selesa di atas padang bersaing dengan lawan yang banyak pengalaman. Namun dia (Mukhairi) berjaya melakukan perkara tersebut.
Oleh itu, jurulatih PKNP ini mengatakan bahawa Mukhairi Ajmal sebagai pemain yang mempunyai tahap kecerdasan intelektual (IQ) yang tinggi.
“Mukhairi bukan sahaja seorang pemain yang mempunyai badan yang sangat baik untuk seorang pemain Bolasepak, namun dia juga mempunyai IQ yang sangat tinggi, ini dapat kita lihat dari segi gaya permainannya dan juga bagaimana dia merancang bahagian tengah dalam mana-mana perlawanan”
“Mempunyai kemampuan larian yang pantas, pemain ini cepat untuk menutup ruang sebelum pihak lawan membuat percubaan”
Pemain ini akhirnya menyertai skuad Selangor daripada PKNP, jurulatih PKNP mengakui bahawa beliau kehilangan seorang pemain yang mempunyai bakat besar.
Leave a Reply