
MALAYSIA: Kuala Lumpur: “Menitis air mata kami kerana Allah SWT cukup memuliakan jenazah hamba-Nya yang beramal soleh dan mulia seperti arrwh Datuk Ismail Kamus serta pelawak, Abam Bocey.
“Jenazah Datuk Ismail Kamus cukup lembut, mudah diuruskan dan wajahnya tenang seperti sedang tidur. Wajah arrwhAbam Bocey pula kelihatan berseri ketika diwudukkan,” kata Pengasas Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia, Muhammad Rafieudin Zainal Rashid.
Menurut beliau, kemuliaan yang dianugerahkan kepada kedua-dua jenazah itu menginsafkan dirinya dan sukarelawan pertubuhan berkenaan.
“Saya menjadi orang terakhir mencium arrwh (Datuk Ismail Kamus) sebelum menutup wajahnya.
“Perasaan sebak sukar digambarkan ketika menutup wajah arrwh. Malah, saya tidak mampu mengikat tali kafan di bahagian kepala arrwh kerana terlalu sebak.
“Rakan setugas terpaksa membantu mengikatnya dan perasan ini sangat jarang saya alami setiap kali menguruskan jenazah,” katanya.
Menurut Muhammad Rafieudin, dia cukup bersyukur diberikan amanah untuk menguruskan jenazah arrwh Ismail Kamus.
Muhammad Rafieudin turut berkongsi pengalamannya menguruskan satu jenazah digelar ‘pemburu Subuh yang istiqamah’ pada 2017.
“Sepanjang hayatnya, arrwh tidak pernah meninggalkan solat Subuh berjemaah sama ada di masjid atau surau.
“Wajah arrwh kelihatan sangat tenang dan seperti sedang tidur.
“Saya difahamkan, arrwh dijemput Ilahi ketika sedang bersiap untuk solat berjemaah di surau berhampiran rumahnya,” katanya.
Menurut Muhammad Rafieudin pada hari keem4t1ian arrwh juga, hujan lebat melanda.
“Apa yang berlaku cukup membuktikan kehebatan serta keagungan Allah SWT apabila air hujan tidak bertakung dalam liang lahad arrwh sedangkan lima liang lahad yang lain ditakungi hujan.
“Ini antara hikmah yang Allah SWT tunjukkan sebagai pedoman untuk kita semua meningkatkan lagi ketakwaan kepada-Nya,” katanya.
Kuala Lumpur: “Rasa sebak saat mengikat tali kafan arrwh, jenazahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur.”
Demikian pengalaman dikongsi Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid apabila diberi tanggungjawab mengetuai pengurusan jenazah pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus.
Menurutnya, pihaknya tiba di Masjid As-Sobirin, Keramat pada 8.45 pagi dan selang beberapa minit jenazah tiba dari kediamannya.
“Alhamdulillah, saya rasa cukup bertuah kerana di hari Jumaat tanggal 15 Ramadan yang mulia ini saya diberi peluang mengetuai pengurusan jenazah almarhum Tuan Guru.
“Jenazahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur.
“Anak serta cucu arrwh juga turut hadir membantu memandikan jenazahnya,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya.
Menurutnya, dia bersama ahli skuad yang lain turut dibantu oleh ahli jawatankuasa Masjid As-Sobirin.
“Suasana di bilik mandi jenazah cukup menghibakan. Terdengar esak tangis di setiap ruang bilik mandi.
“Selepas semua ahli keluarga dan sahabat terdekat diberi peluang menatap wajah jenazah dan menciumnya buat kali terakhir, saya mengambil kesempatan untuk menjadi orang yang terakhir menciumnya sebelum menutup wajahnya.
“Saat menutup wajah arrwh, perasaan sebak sukar untuk dikawal. Saya menangis dan tidak dapat mengikat tali kafan di bahagian kepala arrwh dan ketika itu semua yang hadir mengalirkan air mata serta suasana bagaikan terhenti seketika,” katanya.
Menurutnya, semuanya dipermudahkan selepas ketua pengurusan jenazah masjid berkenaan dikenali sebagai Mohamad datang membantunya.
“Haji Mohamad datang membantu saya untuk mengikat tali kafan di kepala arrwh.
“Perasaan sebegini jarang saya alami pada setiap kali menguruskan jenazah. Mungkin kerana saya membesar dengan mendengar tazkirah dan ceramah arrwh terutamanya program Forum Perdana Hal Ehwal Islam suatu ketika dahulu,” katanya.
Menurutnya, hati dan perasaan terasa begitu dekat dengan arrwh walaupun sepanjang hayat dia pernah berdepan sekali saja melalui ceramah di masjid.
“Jasa beliau dalam dunia dakwah dalam dan luar negara cukup besar. Alhamdulillah, saya bersyukur dan rasa sungguh bertuah kerana diberi amanah untuk menguruskan jenazah yang mulia ini.
“Semoga roh almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Leave a Reply