
MALAYSIA: Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamed meletakkan jawatannya sebagai Perdana menteri ke-7. Beliau terus digelar sebagai “Pengkhianat”.
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikenali dengan TSMY menegaskan bahawa beliau bukanlah “pengkhianat” seperti yang didakwa oleh penyokong Pakatan Harapan, dan bukan kerana beliau Pakatan Harapan jtuh.
Dalam satu perutusan secara langsung di Facebook oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau dikenali sebagai BERSATU memaklumkan bahawa keberadaan beliau sebagai pemimpin tertinggi kerajaan adalah bagi menyelamtkan negara daripada terus dilnda kmelut.
Menurutnya, pencalonannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini di sokong sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan sebelum itu.
Dengan sokongan tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya “Saya bukanlah pengkhnat, naluri saya adalah jelas, dan keberadaan saya sebagai Perdana Menteri adalah bagi menyelamtkan negara kita”
Leave a Reply