MFL memberi jaminan jadual Liga Malaysia tidak kacau persiapan Harimau Malaya

MFL memberi jaminan jadual Liga Malaysia tidak kacau persiapan Harimau Malaya

Disebabkan pandemik CoV-19, kerancakan Liga Malaysia dan seluruh liga dunia sedikit terencat. Ini disebabkan Liga terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan bagi mengekang penularan penyakit itu dalam kalangan pemain, pegawai dan penyokong bolasepak.

Disebabkan itu juga ramai diantara peminat bolasepak Malaysia risau dengan persiapan skuad Harimau Malaya dalam kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali Liga Malaysia (MFL), pihak mereka memberi jaminan bahawa jadual liga yang bakal dikeluarkan nanti tidak akan menganggu aksi kelayakkan Piala Dunia pasukan Harimau Malaya.

Perkara ini dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ghani Hassan, pihaknya telah mempertimbangkan segala aspek mengenai pasukan kebangsaan sebelum mengeluarkan jadual Liga Malaysia yang baru.

Untuk pengetahuan semua, Liga Malaysia berkemungkinan besar (jangkaan) akan dimulakan kembali selepas 1 atau 2 September nanti dan akan berakhir pada bulan yang sama dan ia bakal diikuti dengan Piala Malaysia.

Liga Malaysia bakal dipendekkan agar tidak menganggu jadual pada musim hadapan dan mana-mana kejohanan yang lain.

MFL akan melihat jadual rasmi perlawanan pasukan negara sebelum membuat jadual Piala Malaysia agar tidak menganggu persiapan skuad Tan Cheng Hoe tersebut. TCH sebelum ini mengakui bahawa beliau dan pasukannya menghadapi sedikit kekangan masa dan bimbang ada pemain yang akan mengalami kecederaan.

Persiapan dan kecergasan pemain juga antara perkara yang dibimbangkan oleh jurulatih negara itu kerana para pemain tidak mendapat latihan yang sepatutnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*