Baru Balik Dari Sabah Menteri Agama Positif Cov-19 Dr Zulkifli Mohon Doa Dan Minta..

MALAYSIA: Sebentar tadi, YAB Menteri Agama mengesahkan bahawa beliau disahkan positif cov-19.Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif CoV-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan CoV-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada CoV-19. Insya-Allah.

Kenyataan Dr ZUl Di Facebooknya

Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan. Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.

Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya.

Program-program Musa’adah CoV-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia. Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa.

Pandeem1ik CoV-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.

Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang mengh1dap CoV-19 termasuk diri saya.

Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.

Orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober diminta menjalani pemeriksaan saringan CoV-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.

Sekian, terima kasih.

Laporan Media Sebelum Itu

Sebelum itu MD ada melaporkan, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri didakwa positif CoV-19 selepas pulang dari Sabah.

Perkara tersebut disahkan sumber dalaman kepada Malaysia Dateline.

Sumber memberitahu, ketika ini kesemua kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan sudah diarahkan menjalani ujian saringan CoV-19 pagi tadi selepas Menteri hadir ke program tersebut sejurus pulang dari Sabah.

Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Pada 25 September pula, beliau menghadiri program hari terbuka Yadim di Kelantan dan tidak menjalani kuarantin wajib.

Dikatakan juga Senator itu tidak berapa sihat sejak Sabtu pada 3 Oktober, namun beliau masih menghadiri beberapa anjuran program.

Pada semalam, Zulkifli telah menyampaikan bantuan kepada mahasiswa UiTM Shah Alam sebelum berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.

Di Twitter, warganet mula mempersoalkan tindakan Menteri Agama yang tidak kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.

“Menteri Agama pun tak ambil inisiatif kuarantin 14 hari lepas balik Sabah? Pegawai menteri tak nasihat Menteri ke?,” tulis akaun Konfem Sahih.

Related Posts

‘Dengan tilam-tilam pesakit angkut balik’ Terkejut jururawat!…

Ini 6 lokasi bahaya lubang benam besar di KL?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

  • By mysumber
  • September 4, 2024
  • 22 views
Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 22 views
Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 29 views
Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

Suami rentap tudung isteri depan cashier…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Suami rentap tudung isteri depan cashier…

Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 30 views
“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…