
MALAYSIA: Polis Johor berjaya menahan seorang wanita yang bertugas sebagai penolong pengarah Jabatan Imigresen Johor yang dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan PATI sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan MAC lalu.
Wanita yang berusia 50 tahun tersebut ditahan oleh pegawai polis di pejabatnya tengah hari kelmarin oleh Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Menurut Datuk Ayob Khan, penangkapan wanita itu adalah susulan daripada tangkapan 3 pegawai Imigresen yang bertugas di Terminal Feri Pasir Gudang pada 24 Jun lalu.
Wanita ini juga menjadi tangkapan pegawai kanan paling tinggi setakat ini yang terlibat dalam rangkaan sindiket PATI di Johor sejak operasi besar-besaran bagi mengekang aktiviti itu terus berleluasa.
Menurut Datuk Ayob lagi, modus operandi yang telah digunakan oleh suspek adalah dengan menyediakan cop Jabatan Imigresen Malaysia yang disyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang tamat tempoh PAS Lawatan Sosial (PLS).
Suspek dikatakan telah aktif melakukan perkara tersebut sejak sebelum PKP dikuatkuasakan lagi.
Oleh itu, wanita tersebut bakal disiasat di bawah Sesyek 26A ATIPSOM 2007 dengan menggunapakai Prosedur Siasatan dibawah akta kesalahan keselamatan (Langkah-langkah khas 2012 SOSMA).
Mungkin ada pegawai yang merasakan mereka ini kebal dan tidak boleh ditangkap dan berada di atas undang-undang, oleh itu saya tegaskan bahawa polis Johor tidak mengira status dan dimana mereka bertugas, sekiranya mereka ini terlibat kita akan tangkap – Ujar Datuk Ayob
Setakat ini 23 orang pegawai dan anggota penguatkuasa berjaya ditahan oleh POlis Johor bagi membantu siasatan penyeludupan migran di pantai timur Johor.
Leave a Reply