Connect with us

Malaysia

(Vid) “Orang Melayu tak pandai” – Tun Mahathir

Published

on

(Vid) Orang Melayu tak pandai - Tun Mahathir

MALAYSIA: Dalam satu video pendek yang dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Mohd Najib Razak tentang ucapan Tun Dr Mahathir Mohamed berkaitan dengan orang melayu tidak pandai berpolitik.

“Sebenarnya saya telah terangkan bahawa orang melayu ni dia tak pandai politik. Dia seronok jadi presiden, bila seronok nak jadi presiden dia bukak parti.”

“Makin lama makin banyak parti, jadi lama-lama orang melayu tidak kuasa langsung la. Cuma parti kecil-kecil sahaja. Itu yang saya kata. Mereka boleh masuk parti mana pun yang sudah ada.” – Tun Mahathir

Tun buka parti baru

elepas berkata jumlah parti politik yang terlalu banyak menyebabkan negara ini tidak stabil, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini didakwa akan membuka satu lagi parti baharu.

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dikatakan akan menubuhkan sebuah parti berteraskan Melayu yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia.

Laporan Sinar Harian yang memetik sumber itu berkata bekas Perdana Menteri itu akan berbuat demikan di sebuah hotel di Bangsar petang ini.

Laporan itu turut berkata, keputusan yang akan dibuat oleh Ahli Parlimen Langkawi itu akan bergantung kepada keputusan kes saman dikemukakan Dr Mahathir dan lima pemimpin Bersatu lain bagi mencabar keputusan pemecatan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir dan enam yang lain pada 9 Jun lalu mengemukakan saman terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga pemimpin Bersatu dan Pertubuhan Pendaftar (ROS) bagi mencabar keputusan pemecatan mereka dari jawatan masing-masing dalam Bersatu.

Lima yang lain termasuklah bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Dalam saman itu, keenam-enam mereka memohon pengisytiharan, antaranya mereka adalah adalah ahli Bersatu yang sah, masih lagi memegang jawatan parti dan layak bertanding pemilihan parti.

Bekas pemimpin Bersatu itu antara lain memohon pengisytiharan supaya semua surat pemecatan ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Pada isnin lalu, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, jumlah parti politik yang terlalu banyak menyebabkan negara ini tidak stabil.

“Saya dapati negara kita amat kaya dan mempunyai banyak peluang untuk maju diri. Tapi kadang-kadang terganggu kerana politik.

“Politik parti jadikan kita tidak stabil, masing-masing bersaing untuk parti sendiri. Banyak parti buat kita hilang haluan tidak tahu nak ke mana.

“Jadi rakyat kena cekap buat penilaian terhadap negara dan apa sumbangan kepada negara. Jika ada PRU contohnya, kita pilih yang terbaik mungkin dan jangan sesekali dipengaruhi oleh sogokan dan sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular