Kes baharu positif tertinggi sejak PKP, Ismail Sabri Minta Rakyat Siap Sedia

Kes baharu positif tertinggi sejak PKP, Ismail Sabri Minta Rakyat Siap Sedia

MALAYSIA: Nampaknya pada hari ini kes positif baharu cov-19 paling tinggi pernah dicatatkan sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 4 Jun yang lalu.

Menerusi laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 81 kes yang telah pulih CoV-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari CoV-19 adalah 10,095 kes (85.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES CoV-19 DI MALAYSIA

Sehingga 2 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 287 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif CoV-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,771 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangk1itan CoV-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua 287 kes adalah kes penularan di dalam negara. Tiada kes import dilaporkan hari ini. Daripada 287 kes hari ini, sebanyak 20 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 139 kes.

PENINGKATAN KES HARIAN CoV-19 DI MALAYSIA ADALAH SELARI DENGAN TREN PENINGKATAN KES DUNIA

Seperti diumumkan, hari ini negara mencatatkan sejumlah 287 kes baharu positif CoV-19, iaitu jumlah kes harian yang tertinggi pernah dicatatkan sejak permulaan pandemik ini.

Tren peningkatan inilah yang KKM khuatiri dan peringatkan hampir setiap hari kepada semua pihak, kerana ia sememangnya selari dengan tren peningkatan jumlah kes dan kematian CoV-19 yang dilihat di seluruh dunia.

Kes CCoV-19 di dalam dunia pada masa kini telah mencecah sekitar 34.2 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 302,000 kes.

Daripada 287 kes baharu yang dicatatkan di Malaysia pada hari ini, 128 adalah daripada Kluster Tembok yang melibatkan sebuah penjara di Kedah.

Daripada baki 159 kes pula, 113 kes telah dikesan di negeri Sabah terutama daripada kluster-kluster sedia ada dan empat daerah yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

Diharapkan tindakan menjalankan PKPDB, pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020, dan segala aktiviti-aktiviti kawalan di lapangan akan membantu mengawal dan mengurangkan jumlah kes di negeri Sabah.

Terdapat juga 20 kes baharu yang dicatatkan hari ini di mana mereka merupakan pengunjung dengan sejarah perjalanan ke negeri Sabah.

Ini susulan aktiviti saringan kepada semua pengunjung yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020. Mereka yang didapati negatif setelah menjalani ujian CoV-19 dinasihatkan patuh kuarantin untuk tempoh 14 hari.

Meskipun sememangnya telah bersiapsiaga, kesemua Jabatan-jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah seluruh negara telah diberi peringatan untuk menghadapi sebarang kebarangkalian kenaikan kes mendadak di lokaliti mereka dan melipat gandakan usaha untuk mengesan, menguji, mengasingkan dan kemudiannya merawat sebarang kes CoV-19.

Seperti yang dilaksanakan sebelum ini, KKM sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Namun begitu, KKM dan agensi-agensi pihak berwajib tidak mampu melawan CoV-19 sendirian. Malahan, tanggungjawab lebih besar adalah terletak pada bahu setiap individu dalam masyarakat, tidak kira pangkat, latar belakang dan status. Elakkan daripada salah menyalahi antara satu sama lain.

Tanggungjawab sosial ini perlu dipikul bersama agar kita dapat memutuskan rantaian penularan CoV-19 di dalam negara kita. Kita telah harunginya bersama sebelum ini dengan menjaga diri kita, keluarga kita, komuniti kita dan negara kita.

Perintah Kawalan Pergerakan bakal dilaksanakan ?

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu bersedia berdepan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa semula, sekiranya penularan jangk1itan CoV-19 yang sebelum ini mencatatkan penyusutan kembali meningkat.
Mendedahkan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menitipkan pesanan bahawa apa yang berlaku ketika situasi semasa mungkin berbeza dengan persekitaran semalam.

Sehubungan itu, katanya, setiap keputusan kerajaan sebenarnya bergantung kepada situasi semasa dan data mengenai kadar penularan CoV-19 yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita lihat banyak negara di dunia seperti Jerman, Korea Selatan, China dan sebagainya membuka negara mereka (daripada perintah berkurung atau kawalan pergerakan), tetapi apabila situasi berubah, akhirnya mereka perlu tutup semula.

“Kita baca berita semalam bahawa Arab Saudi yang sebelum ini tiada penutupan sepenuhnya di negara terbabit, kini mengenakan perintah berkurung selama 24 jam berkuat kuasa untuk lima hari, i.

“Oleh itu, lima hari termasuk ketika Aidilfitri, negara mereka ditutup atau dikenakan perintah berkurung, tetapi kita bernasib baik apabila kerajaan memberikan sedikit kelonggaran.

“Bagaimanapun, setiap kebebasan perlu dihargai dengan penuh tanggungjawab , iaitu menjaga kepentingan diri dan masyarakat, termasuk keselamatan keluarga sendiri,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*