Makcik Saripah perlukan kaki, Untuk Kembali Mencari Rezeki

MALAYSIA: Port Dickson: “Saya memerlukan kaki palsu dan harap dapat kembali berniaga seperti dahulu,” kata ibu tunggal, Saripah Kamarudin, 74, yang kudung kaki kanan sejak hampir setahun lalu akibat penyakit diabetes yang dihidapinya.

Menurutnya, sebelum kaki kanan dipotong separas lutut, dia menampung kehidupan dengan menjual nasi berlauk berdekatan dengan rumahnya di Kampung Sri Parit, Lukut.

“Dengan menjual nasi berlauk itu saya menampung perbelanjaan harian namun kini tidak lagi kerana sudah setahun saya bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda untuk bergerak.

“Saya bernasib baik kerana mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 dan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan. Kini saya bergantung sepenuhnya kepada wang bantuan ini,” katanya.

Saripah yang sudah empat kali berkahwin berkata, dia yang mempunyai 10 anak kini tinggal bersama salah seorang anak lelakinya yang masih bujang, Imran Rahim, 42, dan cucunya, Nasha Abdullah, 22.

“Sedih juga mengenangkan nasib diri kerana saya sudah empat kali berkahwin, namun semua suami sudah mnnggl dvnia. Setiap hari saya menngis mengenangkan nasib diri. Nasib baik ada anak lelaki yang mahu tinggal dengan saya

manakala cucu saya pula akan berkahwin tidak lama lagi.

“Biasanya sebelum anak lelaki pergi bekerja, dia akan membeli dahulu makanan tetapi kalau tidak sempat, saya masak apa yang ada di dapur,” katanya.

Saripah berkata selain d1iabeetes, dia juga menghidap penyaakait g0ut yang menyebabkan kesihatan sering terganggu dan kini keadaan semakin teeruuk.

“Saya berterima kasih kepada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang selalu membantu menghantar barangan makanan harian.

“Saya tak tahu apa kesudahan nasib saya dan hati mudah tersentuh apabila mengenangkan saat saya masih berupaya mampu bergerak ke sana ke mari tetapi sekarang hanya bergerak di dalam rumah yang hampir reput ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9), Norfadilah Mansor berkata, pihaknya hanya dapat membantu menyumbang barangan makanan harian dan akan cuba mencari dana bagi membeli kaki palsu untuk kemudahan warga emas ini.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’