Ibu tunggal, ‘mak orang’ ajak abang cef buat benda tak senonoh

BERCAKAP mengenai topik gangguan seksual, ia sebenarnya tidak mengenal mangsa.

Bukan hanya wanita atau kanak-kanak, ia juga boleh terjadi kepada lelaki sebagaimana yang dialami oleh seorang cef.

SAYA DAH TAK TAHAN!!!💦💦
Di sini saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang terbaca posting ni. Meskipun luahan ini agak tak manis untuk dikongsi, tapi sebagai orang yang diganggu emosinya terpaksa meluahkan rasa kecewa.
Niat saya anjurkan kelas dan bengkel adalah untuk bantu bangsa kita sama-sama belajar. Berkongsi ilmu dan pengalaman antara peserta. Saling berkenalan sesama kita untuk bina connection. Boleh juga leverage bisnes kecil-kecilan kita ni apabila ada peluang. Sebenarnya banyak lagi faedah yang boleh dikutip sekiranya seseorang itu opportunist & optimis. Tetapi ini bukan perkara utama yang saya nak sampaikan. Saya yakin, manusia yang bijak memanusiakan dirinya faham apa yang saya sebut di atas.
Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah tentang segelintir golongan yang jadikan info-info yang saya kongsikan sebagai tiket untuk berkomunikasi atas tujuan lain. Saya berterima kasih kerana ada yang sudi hubungi saya bertanya tentang bengkel. Saya akan jawab semua sekali selagi ianya berkaitan, menjaga adab, saling menghormati dan yang paling penting, telus. Logik akallahkan? Kita ketuk pintu rumah orang, kita beri salam, kenalkan diri dan sebagainya. Tak menjerkah tak tentu pasal!
Bab yang buat saya dah tak tahan sekarang ni, bila mesej yang masuk awalnya nak bertanya tentang bengkel. Walaupun info sudah diberi dengan terperinci, ironinya tetap juga timbul pertanyaan luar tajuk. Ada yang jauh tersasar hingga ke kancah maksiat! Ini bukan pertama kali dan bukan hanya satu individu ya!
Perhatian!!!
Buat golongan yang tergoda bila tengok saya, saya faham! Saya memang sexy dalam gambar, apatah lagi in person. Hahaha saya minta maaf sangat-sangat…🙏
Saya tak buat servis dan konsultasi; untuk anda yang ada masalah rumahtangga, tak puas dengan pasangan, yang dah lama kesunyian, yang pasangan tak perform, yang tiba-tiba berubah hati dan berbagai lagi berkenaan fetish anda termasuklah sebarang kecelaruan s3x interest.
Janganlah begitu, tolonglah…😌😌
Saya tak boleh fikirlah perkara-perkara macam ni. Dilayan salah, tak dilayan pun salah, melayankan pula jadi masalah. Dipuaskan nanti, awak minta repeat. Ehhh! Dugaan sungguh!😔😔
Saya tak pukul rata semua orang ya! Ramai saja yang sopan-santun, berbudi bahasa dan mudah berurusan. Ada juga yang terlalu professional. Tenang… Tenang… Saya orangnya sempoi saja! Santai, kita berbengkel. Bukan kuliah.
Hormatilah usaha dan diri ini. Saya hanya bersaing dengan diri sendiri. Saya sangat-sangat susah dan struggle dengan macam-macam perkara, cuma tak suka dijaja. Usahlah ditambah dengan suir pula.
Niat saya untuk bengkel ni nak cari pahala, rezeki seberkatnya dan membina silaturahim. Saya Masih ada keluarga untuk dilindungi dan dijaga maruahnya. Saya masih ada rakan, teman, sahabat dan taulan yang masih perlu dijaga sensitiviti dan privasi mereka. Ayuhlah kita berusaha kepada kecemerlangan.
Sekali lagi, maaf.🙏
Semoga Allah SWT beri kekuatan dan luaskan rezeki kepada kita semua. Aminnnn🤲🤲

May be an image of text that says "Salam Chef 22:37 Nak tanya kelas masakan 22:37 Waalaikumusalam Puan 22:38 Ya boleh 22:39 Kelas sy ada publish di Page dan boleh tengok di katalog whatsapp juga. Okey 22:39 22:40 Sye tgk 22:41 Baik... Chef, jom vc 22:41 22:44 Video Call? 22:45 Untuk apa ya? 22:45"

KOMEN NETIZEN :

Semoga chef sentiasa hati2.Dan dilindungi allah.

Onnyizwan Pulkem bodoh kan pempuan tu..memalukan kaum wanita je…patut chef viralkan je org nya siapa…

Kerang bulu dah naik daunnn

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*