
Pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Antarabangsa mengenai status Liridon Krasniqi sudah pasti melegakan peminat bolasepak tanah air. Pemain ini dengan rasmi boleh bermain untuk skuad Harimau Malaya pada bila-bila masa apabila dipanggil oleh penggendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Namun pemain ini sebelum ini telah diberi amaran oleh Tan Cheng Hoe untuk membuktikan kemampuan sebelum diserap masuk ke dalam pasukan. Selain pemain ini, mana-mana pemain yang berminat tidak kisah tempatan, natrulisasi atau kacukan hendaklah membuktikan mereka mampu untuk beraksi di pentas lebih tinggi.
Menurut laporan sukan tempatan, Tan Cheng Hoe sekali lagi mengingatkan pemain natrulisasi kedua Malaysia itu, tiada tempat atau layanan istimewa buatnya. Semua pemain sama rata mengikut kelayakan serta keperluan semasa Harimau Malaya.
Liridon perlu membuktikan bahawa dia layak untuk bermain dan layak di panggil oleh skuad Harimau Malaya pada bila-bila masa.
Ini adalah kerana, penyokong dan rakyat Malaysia mahukan sesuatu yang terbaik daripada barisan pemain skuad kebangsaan. Oleh itu tiada pilih kasih dalam pemilihan pemain. Mereka semua wajib buktikan yang mereka layak untuk bermain.
Dalam keadaan sekarang ini terdapat banyak pilihan buat Tan Cheng Hoe di barisan tengah apabila 2 pemain tengah Johor Darul Ta’zim iaitu Natxo Insa dan Nazmi Faiz juga berada pada prestasi terbaik sebelum Liga Malaysia ditangguhkan.
Jadi sudah pasti ini memerlukan pemain natrulisasi itu berusaha lebih kuat untuk memastikan namanya berada dalam panggilan skuad kebangsaan.
Malaysia selepas ini akan terbang ke United Arab Emirates bagi perlawnaan kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Namun dalam perlawanan itu sudah pasti sedikit kekurangan akan dirasai apabila pemain Selangor Brendan Gan tidak dapat dibawa akibat mengutip 2 kad kuning.
Pemain yang beraksi sangat baik dalam beberapa perlawanan kelayakkan Piala Dunia ini sudah pasti akan dirindui oleh peminat.
Gaya permainan Brendan Gan disamakan dengan Liridon Krasniqi oleh peminat, tetapi Tan Cheng Hoe berkata mereka hanya pemain box to box namun corak dan gaya permainan mereka berbeza.
Leave a Reply