
Luqman Hakim Shamsuddin yang merupakan pemain penyerang skuad bawah-19 tahun negara dikatakan akan menyertai kelab KV Kortijik di Belgium. Pemain ini sepatutnya terbang ke Eropah sebelum ini namun terpaksa ditangguhkan akibat penularan CoV-19 di seluruh dunia.
Oleh itu, pemain ini dikatakan akan bersama skuad Selangor 2 terlebih dahulu sebelum terbang ke Eropah. Luqman akan bersama Selangor 2 dalam mengharungi saingan Liga Premier 2020.
Luqman meluahkan rasa syukurnya menyertai pasukan Selangor 2. Menurutnya peluang bersama pasukan Selangor 2 memberi harapan untuk dia meningkatkan prestasi dan mengekalkan stamina.
“Saya rasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk bersama pasukan Selangor 2, ini secara tidak langsung saya dapat melihat kemana hala tuju saya untuk tahun ini”
Pemain muda negara ini masih belum lagi sempat membuat sebarang debut bersama pasukan tersebut. Namun beliau tetap membuat perancangan latihan yang teratur sebelum kembali ke padang.
“Saya juga mahu memberi perhatian untuk mempersiapkan diri saya terlebih dahulu dari segi latihan, kerana selepas ini saya akan focus bermain dengan Selangor 2 terlebih dahulu.”
“Sehingga kini kita pun tidak tahu bila liga akan disambung kembali dan bila akan berakhir pandamik ini, sekiranya liga Malaysia bermula terlebih dahulu boleh lah saya sambung bermain di sini sebelum dapat beraksi di luar negara.”
Luqman Hakim juga mengatakan bahawa beliau kena bekerja dengan lebih keras secara sendiri di rumah kerana menggap dirinya berbeza dengan pemain-pemain lain yang sekurang-kurangnya sudah bermain di awal musim.
Buat maklumat anda semua, sepatutnya Luqman Hakim akan ke Cardiff City terlebih dahulu bagi menyesuaikan diri dengan cuaca di Eropah. Ini sebagai persediaan pemain muda tersebut sebelum ke KV Kortrijik.
Perjalanan pemain ini sudah tertangguh sebanyak 2 kali selepas pemain ini mengalami masalah ViSa dan juga isu CoV-19.
Disebabkan tiada tarikh yang tepat untuk pemain ini ke Eropah, dia telah diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan Selangor 2 agar prestasi dan stamina pemain ini tidak terjejas.
Leave a Reply