
MALAYSIA: Semua sedia maklum bahawa pada hari ini merupakan Persidangan Dewan Rakyat dan juga persidangan yang ditunggu-tunggu selepas hampir beberapa bulan lamanya tertangguh akibat penularan wabak cov-19 di negara ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa,pihak kerajaan tidak dapat membentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Parlimen ekoran situasi terdsak akibat penularan cov-19.
Ini adalah menjawab kepada persoalan yang dikemukakan oleh ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di blok pembangkang.
Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa kerajaan memberikan pelbagai inisiatif kepada rakyat bagi memastikan nasib dan hak rakyat terus terbela dan dilindungi. Disebabkan itu beliau mengatakan bahawa tindakan yang dilakukan itu adakan untuk menjaga rakyat.
Tindakan dan respon Tan Sri Muhyiddin Yassin ini telah dipuji oleh rakyat yang mengatakan bahawa tindakan itu adalah untuk menjaga kebajikan rakyat.
Ada di kalangan warga maya mengatakan disebabkan persoalkan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa mereka (Pakatan Harapan) memang layak menjadi kerajaan sepenggal kerana tidak membantu rakyat.
Ramai yang berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia atas keputusan yang telah dibuatnya sebelum ini.
“Abah Perdana Menteri paling hebat di dunia #MalaysiaTanahAirKuTercinta” – Kata salah seorang pengguna media sosial.
“Yes. Abah sentiasa mendahulukan rakyat, Rakyat didahulukan oleh Perdana Menteri.. Love You Abah Din.”
“Terima kasih kerana memahami rakyat, thanks you kerana memahami kepayhan rakyat”
Banyak lagi pujian yang diberikan oleh rakyat kepada Perdana Menteri atas alasan mendahulukan rakyat dalam situasi rakyat memerlukan bantuan daripada kerajaan.
Leave a Reply