
MALAYSIA: Perdana Menteri Malaysia dalam perutusan khasnya pada hari ini memaklumkan bahawa Kerajaan berkemungkinan besar tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seperti sebelum ini.
Ini disebabkan oleh impaknya yang besar kepada ekonomi negara dan juga sistem masyarakat (sosial). Jadi apa yang bakal dilaksanakan hanyalah Perintah Kawalan Pergerakan secara bersasar.
Bercakap mengenai penutupan semua sekolah. Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa jika ada keperluan maka ia akan dilaksanakan. Namun begitu, ia memerlukan kepada perbincangan bersama di dalam sidang khas Majlis Keseelamatan Negera.
Sebelum itu akhbar melaporkan Ibu bapa tidak menghantar anak ke Sekolah.Kuala Lumpur: Khuat1r penvlaran dan jangkitan Covid-19, kebanyakan ibu bapa mengambil keputusan tidak menghantar anak mereka ke sekolah.
Kebimbangan mereka ditambah dengan peningkatan kes harian yang menyaksikan jumlah kes positif negara melepasi tiga angka selain penambahan beberapa kluster baharu dan kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.
Suri rumah, Azwatina Jamaluddin, 35, berkata dua anaknya masing-masing berusia enam dan lapan tahun tidak lagi ke sekolah sejak semalam kerana khuatir dengan peningkatan kes positif Covid-19 kebelakangan ini.
Katanya, dia dan suami, Mohd Tarmizi Ruslee, 40, turut memaklumkan pihak sekolah mengenai ketidakhadiran anak mereka.
“Buat masa ini, biarlah mereka belajar di rumah, mungkin untuk sepanjang minggu ini. Jika kes berkurangan, minggu depan mereka akan ke sekolah semula,” katanya.
Peniaga, Mohd Marzuki Abdullah, 47, berkata anaknya yang berada di Darjah Dua sebuah sekolah swasta tidak lagi ke sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.
“Saya sendiri sudah maklumkan kepada pihak sekolah akan menghantar semula anak bermula tahun depan. Sebagai bapa, saya risau ditambah dengan peningkatan kes yang terlalu mendadak baru-baru ini.
“Buat masa ini, anak saya belajar di rumah malah pihak sekolah ada membantu dari segi pembelajaran dan pengajaran di rumah,” katanya.
Usahawan tanaman hiasan, Surianie Mohd Hanif, 42, turut mengambil pendekatan sama apabila tidak membenarkan anaknya yang berusia 13 tahun ke sekolah bermula hari ini.
Katanya, dia turut dimaklumkan ramai ibu bapa lain mengambil keputusan tidak menghantar anak mereka ke sekolah kerana bimbang dengan keadaan semasa Covid-19.
“Semalam sahaja, saya dimaklumkan ada 10 pelajar dalam kelas anak saya, tidak hadir ke sekolah. Sebenarnya ramai lagi ibu bapa ‘mencutikan’ anak mereka kerana masing-masing bimbang,” katanya.
Sementara itu, peniaga, Siti Ainiza Kamsari, berkata bagi ibu bapa yang tetap menghantar anak mereka ke sekolah dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Saya sendiri masih membenarkan anak ke sekolah sebab selagi kita sebagai ibu bapa boleh mengawal pergerakan anak, mudah-mudahan dihindari perkara yang tidak diingini.
“Memang saya ada terfikir tidak mahu membenarkan anak saya ke sekolah, namun tidak mahu menganggap mereka melanggar peraturan dan dikenakan apa-apa tindakan jika berbuat demikian,” katanya.
Larangan Rentas Negeri
“Sekiranya terdapat keperluan untuk menyekat pergerakan Rentas Negeri. Sidang Khas Majlis Keseelamaatan Negara akan berbincang dan akan membuat keputusan mengenainya.”
“Saya beri jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sebelum sebarang keputusan dilaksankan. Supaya tidak ada siapa yang terkandas.”
Pagi tadi dalam mesyuarat MKN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri telah membuat keputusan untuk menyekat Negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak, dan Labuan.
Sekatan perjalanan dari dan ke Sabah melibatkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan dilaksanakan mulai esok sehingga 20 Oktober ini.
Menteri Kanan Kluster Keseelaamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes CoV-19 di seluruh negeri Sabah.
Bagaimanapun menurut beliau, terdapat pengecual1an khas kepada kes-kes tertentu yang melibatkan keceemaasan dan perkhidmatan perlu.
Mereka perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.
Berikut adalah kebenaran yang diberikan bagi pergerakan masuk ke Sabah:-
a) Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H
b) Pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.
c) Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
d) Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.
e) Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Negeri Sabah
f) Pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam passport.
Bagi pergerakan keluar dari Sabah kebenaran diberikan seperti berikut;
1) Kes kecemasan dan tugas-tugas rasmi dibenarkan dengan mengemukakan permohonan dan mendapat kebenaran daripada pihak KKM
2) Mereka juga akan menjalani ujian saringan CoV-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.
Sebarang pertanyaan lain boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434. – MalaysiaGazette
Leave a Reply