Conteng Mural wajah wira Negara, bukti “low class, 3rd class mentality” rakyat

MALAYSIA: Sekiranya kita cop sahaja bahawa ramai rakyat Malaysia masih lagi mempunyai pemikiran kebelakang atau low class mentality, sudah pasti ramai yang tidak setuju.

Namun itulah realiti dan hakikatnya yang harus kita terima. Sekiranya kita mempunyai perasaan yang tidak boleh ditegur, atau suka membuang sampah bukan di dalam tong sampah bermakna kita masih mempunyai pemikiran kelas rendah.

Ini termasuklah isu yang sedang diperbahaskan sekrang ini oleh warganet tentang sikap (individu atau kumpulan) yang menconteng mural wajah wira-wira negara.

Lukisan mural yang memaparkan wajah beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 telah menjadi sasaran vandalsme oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Berkemungkinan besar” adalah disebabkan mereka ini tidak mempunyai fahaman atau aliran politik yang sama membuatkan rasa tidak senang hati dalam diri mereka sehingga mereka menconteng dengan menulis perkataan yang tidak sopan.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia ada lagi yang mempunyai pemikiran kelas rendah atau 3rd mentality. Sedangkan negara mahu ke arah negara maju tetapi pemikiran rakyat masih lagi tidak seiring dengan harapan Malaysia.

Ye benar yang membuat perkara itu segelintir sahaja tetapi sampai bila kita biarkan ? Di facebook juga ada yang menyokong perbuatan mereka ini kerana merasakan wira negara itu tidak layak dan sebagainya.

Berbicara mengenai pemikiran kelas rendah, perkara ini hadir dari diri kita. Sekiranya kita masih lagi ego dan sukar untuk ditegur dan suka membuat perkara yang tidak baik seperti membuang sampah merata-rata, suka cabut atau petik bunga.

Maka cakaplah pada diri sendiri, bahawa aku ni 3rd class mentality yang acah-acah bagus.  – KhairulAnwar Dahlan

#Sultan Selangor mahu individu yang conteng muka wira negara ditangkp.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini menitahkan bahawa baginda muurka dan sangat berdukacita dengan kejadian vandlisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku semalam.

Baginda menitahkan bahawa mereka yang menconteng kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, dan beberapa pemimpin lain ditangkp.

Menurut baginda lagi, baginda sangat menghargai karya seni anak tempatan dan seumpamanya. Dan baginda merasakan bahawa perkara itu tidak dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal tetapi lebih bermotifkan politik dan kebncian.

Baginda berharap agar pelaku dapat ditangkp segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*