LOGMASUK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS RM100 ONE OFF
Bantuan SARA berjumlah RM100 secara one-off akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima, dan boleh digunakan bagi pembelian barangan keperluan sehingga 31 Disember 2025.
Bagaimana cara untuk log masuk ke portal MySARA dan membuat semakan status kelayakan RM100 one-off? Ikuti panduan lanjut di sini.
Lihat Juga : SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025
Syarat Kelayakan Penerima MySARA RM100 One-Off
Kelayakan untuk menerima Bantuan RM100 One-Off adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad yang sah (Warganegara Malaysia);
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada syarat pendapatan ditetapkan.
Bantuan ini akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad setiap rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat di atas, tanpa perlu membuat sebarang permohonan.
Cara Penyaluran Bayaran MySARA RM100 One-Off
Kredit sebanyak RM100 One-Off akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, tanpa perlu membuat sebarang permohonan.
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA, di lebih daripada 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
Kategori Barangan Yang Diluluskan
Sebanyak 14 kategori barangan asas yang diluluskan boleh dibeli menggunakan Bantuan MySARA RM100 One-Off, antaranya ialah:
- Produk kebersihan diri
- Ubat-ubatan
- Barangan keperluan sekolah
- Beras
- Bahan perasa
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Produk kebersihan rumah
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
Tarikh Agihan Kredit MySARA RM100 One-Off
Bantuan RM100 One-Off akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima mulai 31 Ogos 2025 (Ahad).
Kredit ini boleh digunakan pada bila-bila masa selepas dikreditkan, dan baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.
Cara Log Masuk dan Semak Kelayakan Bantuan MySARA RM100 One-Off
Status kelayakan penerima boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi SARA dengan langkah berikut:
- Layari Portal Semakan Kelayakan SARA RM100 di pautan: https://sara.gov.my
- Klik butang “Semak Kelayakan”.
- Anda akan dibawa ke portal rasmi MyKasih di pautan: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad anda (tanpa simbol “-”) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan butang “Semakan Status”.
- Paparan maklumat akan ditunjukkan seperti berikut:
- Nama Program: Penghargaan SARA
- Status: Layak / Tidak Layak
- Tarikh Program Bermula: 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir: 31/12/2025
- Baki (RM): 100.00
Kaedah Membelanjakan Kredit Bantuan MySARA RM100 One-Off
Penerima boleh menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas melalui langkah berikut:
- Bawa MyKad dan kunjungi mana-mana premis runcit berdaftar berdekatan.
- Pilih barangan keperluan daripada 14 kategori yang diluluskan (cari label SARA pada rak tanda harga).
- Serahkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.
- Bayar menggunakan MyKad – kredit RM100 One-Off akan ditolak secara automatik.
- Simpan resit bayaran sebagai rujukan transaksi.
- Selesai.
Rujukan & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, sila hubungi:
Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel: info@mykasih.com