SEMAKAN KELAYAKAN MENDAPATKAN LESEN PERCUMA 2025 DI DALAM PROGRAM MYLESEN B2.
Melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sekali lagi melaksanakan program MyLesen B2 Tahun 2025.
Program ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan B40 dan tanggungan bagi mendapatkan Bantuan Lesen Percuma (Mylesen B2) secara percuma tanpa sebarang kos.
Program ini merupakan tanggungan penuh oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan dan dapat mengurangkan beban rakyat.
Sehubungan itu, sekirannya anda inginkan informasi yang lebih lanjut,anda boleh membaca perkongsian ini dibawah.
Baca juga : CARA MEMOHON UPU 2025
TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Permohonan dibuka mulai Februari hingga Oktober 2025 atau sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Jumlah kuota bagi setiap negeri adalah berbeza dan tarikh pelaksanaan Program Lesen Percuma (MyLesen B2) belum diumumkan secara rasmi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan dikemaskini kembali sebaik sahaja diumumkan secara rasmi.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan bagi mendapatkan Lesen secara percuma.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
- Terbuka kepada Golongan B40 dan Tanggungan (anak).
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
CARA MEMOHON LESEN SECARA PERCUMA
Proses permohonan untuk MyLesen B2 JPJ 2025 adalah sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.
- Layari Portal Rasmi JPJ, dan CETAK borang permohonan lesen percuma : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
- Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
- Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
- Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
RUJUKAN DAN PENAFIAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi info-info yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Lesen Percuma 2025, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
Alamat e-mel :mylesenb2@jpj.gov.my
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-pemandu/-/knowledge_base/perlesenan-pemandu/borang-permohonan-lesen-memandu-jpj-l1.