Lee Tuck mahu Gajinya Dipotong bagi membantu Skuad Terengganu

Lee Tuck mahu Gajinya Dipotong bagi membantu Skuad Terengganu

Sedang pemain lain berkira-kira bagi dipotong gaji mereka ketika Liga Malaysia sedang ditangguh, pemain import Terengganu FC, Lee Tuck tampil membantu pasukannya. Pemain tengah ini membantu dengan cara mahu gajinya dipotong lebih banyak bagi disalurkan kepada pasukan.

Ini berdasarkan laporan Arena Metro apabila ejen Lee Tuck mendedahkan kisah Lee Tuck mahu dipotong gajinya lebih tinggi. Menurut ejen peribadi Lee Tuck, Effendi Jagan Abdullah, Lee Tuck dikatakan telah berubah fikiran sebanyak 2 kali atas dasar sayang kepada pasukannya yang telah disertai sejak tahun 2018.

“Pada mulanya, dia (Lee Tuck) bersetuju untuk dipotong gajinya selepas saya selaku ejen yang mewakilinya berbincang dengan pengurusan Terengganu FC”

Selepas itu, pada keesokan harinya, Lee Tuck menghubungi Effendi sekali lagi bagi menambah jumlah yang dipotong untuk pasukannya. Ini secara tidak langsung menjadikan jumlah keseluruhan gajinya dipotong agak tinggi.

“Lee Tuck berkata bahawa tambahan itu sebagai rasa tanggungjawabnya kepada pasukan dalam mengharungi saat yang susah ketika ini”

Ini menunjukkan rasa sayang pemain import tersebut kepada pasukan Terengganu. Beliau sanggup berkorban demi membantu pasukan yang ketika ini. Lee Tuck memahami apa yang sedang berlaku dan sudah pasti dia faham apa yang pasukannya sedang alami ketika ini.

Sebelum ini dilaporkan salah satu daripada penaja pasukan Terengganu FC mengalami kesukaran jika Liga Malaysia terus ditangguhkan.

Effendi turut memberi nasihat kepada seluruh pemain yang berada di bawah naungannya untuk bersama-sama membantu pasukan masing-masing dalam keadaan sekarang ini.

Sebahagian besar memahami apa yang berlaku dan telah mula memberi sumbangan kepada pasukan masing-masing dengan memotong gaji mulai bulan April ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*