@aishopviral Murahnya kasut ni 😍 #kasut #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
@aishopviral Selesai masalah cermin kereta tak clear 😍 #polish #cermin #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
@aishopviral Terus nampak macam kereta baru 😍 #karpet #kereta #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
IPOH, PERAK: Lebih 500 ahli Koperasi Sungai Tumboh Berhad (KSTB) di Seri Iskandar, Perak Tengah, mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemusnahan tanaman sawit mereka yang diusahakan selama lebih 10 tahun. Tanah seluas 1,052 hektar yang digunakan untuk tanaman sawit itu dijual kepada sebuah syarikat pada September lalu tanpa persetujuan ahli lembaga koperasi (ALK).
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, mendakwa wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kerana pemindahan tanah tersebut dilakukan tanpa rundingan sah dan tanpa mesyuarat agung luar biasa (EGM).
Menurutnya, syarikat tersebut turut memasukkan RM4 juta ke dalam akaun koperasi tanpa persetujuan ahli, namun tiada penjelasan diberikan mengenai penggunaan wang itu. Tawaran tapak alternatif di Teluk Memali, Kampung Gajah juga ditolak kerana tanah tidak sesuai untuk tanaman sawit.
Zainudin Norhan, pengerusi koperasi itu, menegaskan bahawa tiada dokumen rasmi disediakan oleh PKNPk dan tanah tersebut telah diratakan tanpa notis atau surat pelepasan. Koperasi kini berharap SPRM dapat menyiasat siapa yang bertanggungjawab dan mengapa tindakan ini diambil tanpa proses yang sah.
VIDEO :
Sumber : Berita Harian
@aishopviral Lawanya sweetshirt ni 😍 #sweatshirt #sukan #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
@aishopviral Seluar kargo jeans memang lawa 😍 #seluar #kargo #jean #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
@aishopviral Murah seluar ni, dah la lawa 😍 #seluar #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP