
MALAYSIA: Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa “ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP.”
Sebaliknya menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.
“Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1. Setelah jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.
“Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar,” jelas KWSP dalam kenyataan di sini.
KWSP turut mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa istilah yang tepat dalam konteks itu ialah “penggantian semula.”
“Penggunaan ayat-ayat tidak betul seperti ‘pembayaran balik’, ‘bayar semula’, ‘bayar kemudian’ dan yang seumpama menyebabkan kekeliruan kepada ramai pihak,” demikian menurut kenyataan itu.
Semalam, KWSP mengumumkan perincian dan bagi kemudahan i-Sinar yang akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehiilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan melibatkan anggaran dana berjumlah RM14 bilion.
Boleh akses antara RM9,000 hingga RM60,000 di Akaun 1
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperluaskan skop i-Sinar merangkumi ahli kehiilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
KWSP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli layak.
“Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
“Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.
Menurutnya, ahli layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100.
Katanya, ahli mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah di dalam Akaun 1, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.
“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
“Ahli mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, akan mempunyai akses 10 peratus, namun jumlah maksimum boleh didahulukan adalah RM60,000.
“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000,” katanya.
Menurut kenyataan itu, ahli memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun didahulukan.
Katanya, caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan diterima digantikan semula.
“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.
“Ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menentukan amaun diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar serta memastikan kelangsungan hidup semasa krisis.
“Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
2 juta ahli KWSP layak keluar 10 peratus daripada Akaun 1
KUALA LUMPUR – Sebanyak 2 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka layak membuat pengeluaran Akaun 1 di bawah program i-Sinar yang skopnya kini diperluaskan merangkumi ahli yang kehiilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
Dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli-ahli yang layak dan permohonan boleh dibuat bermula bulan depan (Disember).
KWSP dalam kenyataannya memberitahu, amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
“Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” kata KWSP.
Memperincikan kemudahan tersebut, KWSP berkata, secara umumnya ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan di mana caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.
Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.
Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette
Leave a Reply