Cadangan agar Kerajaan Persekutuan buat larangan Rentas Daerah

MALAYSIA: Kerajaan Negeri Kedah mengutarakan pandangan dan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan agar melaksanakan larangan merentas daerah di negeri jelapang padi tersebut susulan penularan kluster tawar.

Untuk pengetahuan anda semua, pada hari ini terdapat 3 lagi pertambahan kes baru positif daripada kluster ini berdasarkan laporan yang dibuat oleh KKM pada hari ini.

Bukan itu sahaja seramai 4,051 individu disaar1ing membabitkan Kluster Tawar di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 73 kes positif membabitkan Kluster Tawar termasuk tiga kes baharu dilaporkan hari ini.

Seramai 3,514 individu sudah disaring bagi kluster ini di Kedah dengan 62 kes didapati positif, 2,482 individu negatif dan 568 individu masih menunggu keputusan.

Di Pulau Pinang, 526 individu disaring dengan 11 kes positif, manakala 513 individu negatif dan dua lagi individu masih menunggu keputusan.

“Bagi Perak pula, kekal dengan 11 saringan yang semuanya didapati negatif dan tiada saringan baharu dilakukan,” katanya dalam kenyataan media harian Cov-19 di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan pelbagai intervensi kesihatan awam termasuk aktiviti penceegaahan penularan jangk1itan Cov-19.

Beliau berkata, ia dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi lain dan langkah itu bagi mengekang penularan jangk1itan Cov-19 membabitkan Kluster Tawar terutama di Kedah yang merekodkan 85 peratus daripada kes positif kluster berkenaan.

“Antara langkah diambil adalah meningkatkan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Selain itu, penutupan sekolah dan premis terbabit untuk menjalankan aktiviti nyah kuman dan nyah cemar serta meningkatkan komunikasi risi1ko, termasuk memaklumkan situasi terkini Cov-19 di kawasan terjejas melalui media massa turut diambil,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti berkenaan masih diteruskan di lapangan termasuk saringan kontak rapat kes positif Cov-19.

Laksanakan Larangan Rentas Daerah

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya sangat berharap cadangan itu dipertimbangkan berikutan hanya kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan larangan tersebut

“Sehingga kini kerajaan negeri masih menunggu pengumuman daripada kerajaan Persekutuan setelah cadangan itu dinyatakan semalam.

“Kita hantar cadangan sama untuk dipertimbangkan sekali lagi hari ini dan saya dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan memanggil KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) mesyuarat dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penajaan Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan antara Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Yayasan Islam Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, cadangan larangan merentas daerah itu mempunyai beberapa peraturan harus dipatuhi penduduk setempat.

“Yang dalam kawasan (daerah) itu boleh keluar, boleh berniaga cuma dia tak boleh rentas ke kawasan lain. Sebabnya kita nampak Kluster Tawar ini sudah merebak ke banyak tempat.

“Orang Baling duduk dalam Baling saja, senang kita nak kawal penularan wabak Cov-19.

“Tapi apa pun kita kena tunggu kelulusan kerajaan Persekutuan, kerajaaan negeri tiada kuasa dalam bidang ini,” katanya.

KKM hari ini mengesahkan terdapat tiga kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar menjadikan jumlah kes positif kluster itu sebanyak 73 kes.

Sehingga hari ini, seramai 4,051 individu disaring di tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkaitan Kluster Tawar.

Related Posts

[VIDEO] Perkahwinan Diraja Pada Bulan Ogos, Tengku Puteri Afzan Bakal Berkahwin?

Video : @aidnrfzh_ Kita doakan baik2 semoga dipermudahkan urusan. Amin. Nak tanya, kalau rakyat biasa boleh tak attend royal wedding??☝🏻😭saya nak tengok depan2 Credit vid: @Fafaroselan #pahangroyalfamily #tengkumuhammad #tabtms #tengkuputeriafzan…

[VIDEO] “Sewa Kilang 60k” Chef Amar Menangis Kena Kecam Gara2 Jualannya

Video :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’