“Lagak macam CEO”, Lelaki Tvduh Rider cvri Starbuck Digntung Kerja serta merta.

"Lagak macam CEO", Lelaki Tvduh Rider cvri Starbuck Digntung Kerja serta merta.

MALAYSIA: PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang menuduh penghantar makanan (rider) mencvri air yang dipesannya melalui aplikasi Grab Food akhirnya membawa padah apabila dia digantung kerja serta- merta oleh majikannya.

Melalui perkongsian di laman Twitter, majikan kepada lelaki yang dikenali sebagai sebagai Ezrin Nazan, Bateriku.com memaklumkan, tindakan gantung kerja itu dilakukan sementara siasatan menyeluruh sedang dilakukan.

“Pihak Bateriku.com memohon maaf dengan tingkah laku kakitangan kontrak, Ezrin Nazan yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan penghantar makanan Grab di laman sosial tempoh hari.

“Di Bateriku.com, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com,” katanya di laman Twitter semalam.

Rata-rata netizen netizen bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Bateriku.com dan menyifatkan tindakan itu tepat dalam memastikan nama baik syarikat itu tidak tercalar.

Terdahulu, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @exmnexmnmn merasa sangat kecewa apabila air minuman yang dipesannya di Starbucks tidak mencukupi ketika dihantar oleh rider.

Pada masa sama, dia menuduh ‘rider’ tersebut telah mencvri salah satu minuman miliknya.

Dia mendakwa memesan tiga cawan minuman terbabit, namun yang tiba hanya dua cawan.

Susulan itu, akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di ‘seal’.

“Tugas ‘rider’ cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan.

“Isu ‘rider’ ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan,” katanya.-K ONLINE

Ramai yang memberi pandangan mengenai perkara tersebut. Ada yang bersimpati ada juga yang mengatakan bahawa lelaki itu patut digntung kerja.

Ada juga wargamaya mengatakan lelaki itu berlagak seperti CEO bateriku.

Susulan itu, pemuda berkenaan yang lebih dikenali sebagai Ezrin Nazan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman YouTube.

Menerusi video panjang berdurasi 12 minit dan 35 saat itu, kira-kira hampir tujuh minit atau lebih separuh daripadanya menunjukkan pemuda tersebut hanya membelek telefon bimbitnya seperti sedang membuat semakan di media sosial, sebelum memohon maaf dan memberikan penjelasan.

“Aku mengaku memang salah aku sebab aku sendiri tweet benda tu daripada akaun peribadi aku.

“Kesilapan aku adalah tuduh rider cvri, sedangkan rider tak cvri pun air. Aku minta maaf pasal tu,” katanya secara ringkas.

Ezrin atau nama sebenarnya Muhammad Ezrin Mohd Nazan, 32, berkata, dia dimaklumkan oleh pihak Grab bahawa kesilapan berlaku berpunca daripada premis tersebut ‘terlepas pandang’ ketika menyediakan pesanan berkenaan.

“Kepada rider yang terkesan, aku nak minta maaf banyak-banyak. Benda ni memang silap pada diri aku sendiri kerana aku tweet macam tu.

“Tweet yang sangat provoke (provakasi). Dan benda ni di mana tengah attack (serang) aku di media sosial. Terima kasih, aku baca komen-komen anda,” katanya.

Menerusi video tersebut, Ezrin yang mempunyai lebih 600 pengikut di laman YouTube itu turut memaklumkan bahawa Grab akan membuat bayaran balik (refund).

“Aku merendahkan ego aku, dan aku minta maaf dalam video ni dan semua orang sedang menonton sila tenang,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*