
MALAYSIA: Umum mengetahui bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi penjelasan mengenai laporan media berkenaan permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat kemudahan i-Sinar.
Berikut adalah laporan tersebut: Kuala Lumpur, 7 Disember 2020: Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar.
KWSP ingin menyatakan bahawa ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan.
KWSP juga ingin menjelaskan bahawa setiap proses atau perubahan dasar atau penambaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.
Berikutan itu, setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian dan untuk pandangan Kementerian Kewangan.
KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar. Dijangkakan sebahagian besar daripada 8 juta ahli yang layak memohon di bawah katerogi 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.
Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.
Namun sudah seminggu ditunggu, KWSP masih lagi tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu. Ini membuatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bertanya dengan penuh sin diran iaitu “Sudah mula bau hancing”
Posting Najib tersebut mendapat 36 ribu tanda suka dengan 4.3 komen dengan 1.6k perkongsian daripada rakyat Malaysia.
Berikut pula antara reaksi wargamaya
Pemuda UMNO terima lebih 2,000 aduan KWSP
SHAH ALAM – Pemuda UMNO menerima lebih 2,000 aduan rakyat berhubung pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik.
Menurut ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, aduan tersebut didapati daripada pelbagai platform termasuk Facebook, Twitter dan WhatsApp serta panggilan telefon.
Tambahnya, walaupun skim i-Sinar telah ditambah baik beberapa kali namun Pemuda UMNO tetap dengan pendirian bahawa kriteria yang ditetapkan untuk permohonan di bawah kategori dua dalam skim i-Sinar tidak adil dan tidak wajar.
“Justeru, kriteria ini haruslah dimansuhkan sepenuhnya supaya ahli KWSP yang berada dalam kesusahan dan memerlukan akses kepada simpanan mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dalam tempoh masa yang paling singkat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menerima beberapa laporan mengenai permohonan di bank bagi tujuan lanjutan moratorium pinjaman.
Menurutnya, terdapat bank tertentu tidak memenuhi janji Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam penggulungan Belanjawan 2021 pada bulan lalu.
“Antara aduan yang diterima termasuk bank tidak memberi jawapan kepada pemohon dalam tempoh yang munasabah.
“Walaupun Menteri Kewangan berjanji kelulusan secara automatik bagi golongan B40, M40 dan perniagaan kecil dan sederhana (PKS), namun bank masih memerlukan pelbagai dokumen sokongan untuk diserah.
“Tempoh bayaran pinjaman juga ditambah dua hingga empat tahun lagi bagi mereka yang meminta moratorium,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat yang mengalami masalah semasa meminta lanjutan moratorium pinjaman dan pengeluaran KWSP supaya terus menyalurkan aduan dengan terperinci.
“Insya-ALLAH, kami akan kumpulkan semua aduan untuk makluman Kementerian Kewangan,” katanya.
Hancing… rakyat bosan menunggu dan di sajikan dengan janji2 kosong…