KWSP Benarkan Pemohonan sehingga 60,000 daripada Akaun 1

MALAYSIA: KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas disebabkan kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan terbabit dalam sektor tidak formal boleh memohon pendahuluan hingga RM60,000 daripada Akaun 1.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000, mereka boleh memohon pendahuluan hingga RM9,000.

Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000, pendahuluan yang diberikan adalah hingga RM60,000.

Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020.

kwsp 2020

“Seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion.

“KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas. Jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.

“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala selama enam bulan,” katanya dalam taklimat khas KWSP di sini hari ini.

42 peratus pencarum KWSP miliki simpanan bawah RM5,000

KUALA LUMPUR: Kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memiliki purata baki simpanan bawah RM5,000.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata data itu belum didedahkan kepada umum selepas kerajaan memberi kebenaran kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka dari KWSP.

Dengan maklumat itu, beliau berkata, ia sekali gus menjadi isu jaringan keselamatan sosial yang penting untuk kerajaan fokus dalam tempoh sederhana dan panjang.

“Saya nak ceritakan apa yang belum diceritakan. Pencarum KWSP juga kita kena ada penyelesaian jangka panjang untuk pencarum mengenai isu struktur yang mana negara kita perlu tangani dalam masa sederhana.

“Ini kerana data KWSP menunjukkan, 32 peratus daripada jumlah pencarum dalam KWSP hanya ada baki Akaun 1 secara purata RM1,000, manakala lagi 10 peratus ada purata baki dalam Akaun 1 sebanyak RM5,000. Maka jadi 42 peratus pencarum KWSP ada baki hanya purata RM5,000 ke bawah.

“Ini satu daripada struktur isu jaringan keselamatan sosial…ini penting untuk kerajaan akan fokus dalam tempoh sederhana dan panjang,” katanya menerusi wawancara khas yang disiarkan TV3 malam ini.

Tengku Zafrul turut memaklumkan hari ini kerajaan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP).

Beliau berkata, perbincangan dengan pengurusan dana persaraan itu turut menyentuh aspirasi rakyat yang mahu KWSP mempertimbang menambah jumlah pencarum yang layak bagi pengeluaran RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Beliau berkata, isu itu disentuh dan diutarakan kepada KWSP kerana kerajaan prihatin terhadap keluhan rakyat yang terjejas akibat penularan Cooviid-19.

“Ramai yang minta. Kita sudah mendengar isu-isu dibangkit oleh rakyat…Jadi kita rasa kita kena bersasar. Yang mana kita akan beri peluang kepada rakyat Malaysia untuk keluarkan dari Akaun 1 secara bersasar.

Ambil duit KWSP Akaun 1, Ramai akan Menyesal di hari Tua Nanti kata Persatuan Pengguna

“Apa maksud hilang pekerjaan dan terkesan dengan Cooviid-19? Saya sudah berbincang dengan pengurusan KWSP hari ini. Mereka berjanji akan umumkan cara keluarkan dan siapa akan layak.

“Nasihat kepada pengurusan KWSP adalah untuk perluaskan sasaran yang sebelum ini umum sebanyak 400,000 (pencarum) dapat nikmati. Setelah dengar keluhan rakyat, kenalah lebih fleksibel supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh keluarkan,” katanya.

Esok, Tengku Zafrul berkata KWSP akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1.

Sama ada KWSP bersetuju untuk memperluaskan syarat dan kaedah, beliau menyerahkan kepada pengurus dana persaraan itu membuat pengumuman lanjut.

“KWSP akan umumkan esok. Sama ada perluaskan biar mereka umumkan.

“Saya sudah minta mereka perhalusi cadangan rakyat Malaysia yang kita kena lakukan bantuan sebaik mungkin,” katanya.

Related Posts

[VIDEO] Bekas Isteri Safee Sali Merayu Nak Jumpa Anak, Sekali Lain Yang Terjadi

Video : Mirul:   View this post on Instagram   A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lelaki Terlanggar Isteri Sehingga Maut, Ini Puncanya

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu suaminya terlanggar mangsa di Taman Selasih “Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika isteri mangsa keluar dari kereta berkenaan kerana tertinggal barang di dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

[VIDEO] Aliff Syukri Dikenakan Tindakan?

[VIDEO] Aliff Syukri Dikenakan Tindakan?

[VIDEO] Kata2 Netizen Menguris Hati Ernie

[VIDEO] Kata2 Netizen Menguris Hati Ernie

[VIDEO] Komen YB Akmal Keatas Aliff Syukri Disokong Netizen “Habis la dia lepas ni”

[VIDEO] Komen YB Akmal Keatas Aliff Syukri Disokong Netizen “Habis la dia lepas ni”

[VIDEO] Tak Tahan Dengan Perangai Aliff Syukri, Ini Komen Padu Amin Idris

[VIDEO] Tak Tahan Dengan Perangai Aliff Syukri, Ini Komen Padu Amin Idris

[VIDEO] Individu Ini Tunjuk Bukti Dakwa Bekas Isteri Syuk Jadi Penyondol?

[VIDEO] Individu Ini Tunjuk Bukti Dakwa Bekas Isteri Syuk Jadi Penyondol?

[VIDEO] Nazim Othman Tayang Foto Raih Perhatian Para Wanita

[VIDEO] Nazim Othman Tayang Foto Raih Perhatian Para Wanita