“Kuatkan semangat dan sabar ye sis..”- Bakal suami tiba2 bat4l majlis kahwin, cek4l ‘photosh0ot’ seorang diri

MALAYSIA: Alam perkahwinan merupakan sesuatu yang sangat diimpikan buat semua orang. Namun sekiranya jodoh tidak kesampaian, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Itu boleh dikaitan dengan kisah yang berlaku di Singapura ini, apabila seorang wanita tidak jadi untuk berkahwin kerana bakal suaminya membatalkan perkahwinan tiga minggu sebelum majlis berlangsung.

Tabah hadapi ujian

Menurut laporan MS News, Shasha Ali menceritakan pengalaman pahit yang perlu dilaluinya itu. Dia yang bertunang pada bulan Ogos lalu telah membuat pelbagai persiapan menjelang hari bahagia.

Meskipun dibatalkan tanpa sebarang penjelasan, wanita itu cekal ‘meneruskan’ majlis perkahwinannya tanpa pengantin lelaki dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.

‘Photoshoot’ solo

Shasha memilih untuk mengadakan ‘photoshoot’ seorang diri yang dilengkapi busana pengantin, solekan, dan cincin. Masih tampak jelas wajah yang gembira walaupun dia harus melalui kekecewaan tersebut.

Menerusi laman Instagram, pengikutnya memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Shasha akan dipertemukan jodoh yang baik pada masa akan datang.

Antara komen-komen wargamaya

Ramai meminta agar wanita ini terus ku at mnmpuh rnjau kehidupan. Insha Allah pada masa akan datang akan ade yang lebih baik buatnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*