SPRM Dedah Bagaimana Mereka Mula Buat Sîasatan Macau Scam dan Cucî Duît Hãrãm

MALAYSIA: Curiga dengan peni1puan Macau Scam yang berleluasa di negara ini tanpa penguatkuasaan telah mendorong siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) sehingga penangkapan beberapa orang awam termasuk anggota penguatkuasa.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki yang mendedahkan siasatan scam tersebut berkata, siasatan ini dimulakan kerana SPRM percaya Macau Scam telah beroperasi beberapa tahun lalu.

Berikutan itu, siasatan SPRM menjurus untuk melumpuhkan aset dan akaun-akaun yang cuba dicucikan.`

Mereka yang terlibat ini akan didakwa manakala aset dan wang yang dirampas akan dijadikan hasil kerajaan.

”Setakat ini telah menahan 11 orang awam tempatan dan seorang warga China untuk membantu siasatan berhubung kes ini.

”Penahanan ini turut melibatkan penahanan lapan orang penguatkuasa yang dipercayai terlibat dan memberi perlindungan kepada scam ini. Mereka yang melindungi disiasat kerana membiarkan kes-kes ini berlaku.

“SPRM turut menyita 730 akaun bank membabitkan RM80 juta dan lebih kurang RM5 juta wang tunai dan 23 kereta mewah yang diperoleh daripada peni1puan turut dirampas. ‘Antara kereta mewah itu ialah Mustang, Porshe, Roll Royce, GTR, Bently, Lamborghini dan motosikal,” katanya ketika diwawancara di macc.fm di sini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasvah 2009 dan Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haaram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haraam 2001. – MalaysiaGazette

Ada pihak persoal napa pakai baju oren ?

Orang ramai diminta menghentikan polemik berhubung pemakaian ‘baju oren’ kepada Orang Kena Tuduh (OKT) yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pemakaian baju oren adalah untuk membezakan individu sama ada OKT ataupun orang awam.

Menurutnya, pemakaian baju oren terhadap OKT merupakan satu polisi yang dibuat oleh SPRM untuk memudahkan tugas namun, tetap mengikut peraturan.

“Saya nak bertanya juga kepada yang bertanya. Apa masalahnya baju oren ini. Jabatan polis juga pakai baju ungu. Tak ada pun isu.

“Kalau tak cakap baju oren menggari pun, polis gari orang, tapi bila SPRM pakaikan baju oren atau menggari, timbul pula isu.

Image from: MalaysiaGazette

“Perkara-perkara sebegini pada saya tak sepatutnya menjadi satu polemik. Kami menjalankan tugas dengan telus dan berkesan,” katanya dalam wawancara melalui macc.fm.

Mengulas lanjut Azam berkata, individu yang ditahan dan dimasukkan ke lokap SPRM perlu memakai baju berwarna oren bagi menunjukkan mereka adalah tahanan selain mengelak risiko OKT itu daripada hilang atau melarikan diri.

Bagaimanapun, jika OKT itu dibawa ke mahkamah pula, pemakaian baju oren adalah bergantung kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes dengan melihat faktor-faktor tertentu termasuk keperluan untuk memakaikan baju itu kepada OKT SPRM.

Jelasnya, ia mungkin melibatkan faktor keselamatan atau bagi mengelak berlakunya kekeliruan antara OKT bagi kes yang dikendalikan oleh pihak polis dengan OKT yang disiasat oleh agensi penguatkuasaan undang-undang itu.

“Kalau saya nak fikirkan satu juta pendapat boleh ke tak boleh, susah saya nak jawab.

“Jadi, kami diberikan kuasa dan amanah dan saya rasa cara terbaik saya ambil jalan tengahlah memenuhi pihak yang diluar sana yang bercakap tentang human right dan sebagainya.

“Saya rasa human right, human right juga tapi kamu kena fikir sama hak orang ramai. Bagi kami yang menjalankan tugas ini perlu difikirkan juga. Mereka mahu kami menjalankan tugas dengan baik dan berkesan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

TERKINI SPRM sudah ada senarai penuh Macau Scam termasuk selebriti, ahli perniagaan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki mendedahkan bahawa pihaknya telah mempunyai senarai penuh mereka yang terlibat dalam Macau Scam termasuk pihak yang menerima hasil daripada kegiatan haraam itu.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang terlibat atau menerima ‘duit cuci’ itu dari Macau Scam segera tampil membantu siasatan dan tidak menunggu sehingga dipanggil oleh SPRM.

”SPRM sebenarnya sudah mempunyai senarai penuh mereka yang terlibat dan menerima hasil daripada scam tersebut.

“Scam ini melibatkan banyak pihak. Mereka yang terasa pernah menerima, terterima wang ini daripada mana-mana pihak yang telah ditahan segera hubungi SPRM.

“Saya bagi jaminan akan mengambil mereka sebagai saksi sekiranya bekerjasama. Mereka ini akan diberi perlindungan di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010,” ujarnya dalam wawancara di macc.fm yang siarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Kepada soalan sama ada SPRM mensasarkan selebriti, beliau berkata, sind1iket penipvan itu melibatkan pelbagai pihak termasuk selebriti dan ahli perniagaan.

Mengakui kes Macau Scam amat rumit, Azam juga percaya, sindi1ket penipvan terancang itu telah membuka beratus-ratus syarikat dummy untuk menyalurkan wang-wang haaram tersebut.

“Bila sudah melakukan kegiatan haraam, mereka perlu mencuci wang ini. Dari sinilah mereka menyalurkan wang ini kepada beberapa pihak, antara kepada peniaga.

“Peniaga mungkin tidak tahu kerana diberi dalam bentuk tunai tetapi ahli-ahli sind1iket ini memegang syarikat-syarikat tersebut dalam keadaan tertentu untuk pastikan dapat bayar balik,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Trackback / Pingback

  1. Kerugian Lebih RM3 Juta Disebabkan Macau Scam Pada Bulan Ini - MySumber

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*