Selesai luar Mahkamah, Komplot Tun M dan Tommy didedahkan – Menteri Kewangan

MALAYSIA: Menteri Kewangan Malaysia telah mendedahkan komplot antara Tommy THomas dan Tun Mahathir Mohamed di Dewan Rakyat. Berikut kami berikan cerita dan vid penuh berkaitan dengan ini.

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) kepada Goldman Sachs.

Menurut beliau, terdapat sepucuk surat bertarikh 11 Februari 2020 daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bank pelaburan antarabangsa itu bersetuju untuk menaikkan tawaran mereka kepada AS$1.75 bilion.

Jumlah itu menurut surat berkenaan adalah merangkumi cukai sebanyak AS$164 juta dan pulangan fi sebanyak AS$567 juta yang telah diterima oleh Goldman Sachs.

“Ini bercanggah dengan kenyataan beliau yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak harus menerima penyelesaian luar mahkamah.

“Jadi untuk menjawab soalan YB Pontian (Datuk Ahmad Maslan), dalam tempoh yang sama, Tan Sri Tommy Thomas masih mencari jalan untuk melakukan penyelesaian luar mahkamah.

“Maka beliau tidak boleh meminta kita untuk melakukan sesuatu yang beliau sendiri mahu lakukan sebelum ini,” katanya semasa sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Ahmad Maslan (BN) mencelah dengan bertanya apakah bekas Peguam Negara dan bekas Perdana Menteri itu menipu selama ini.

Menurut Zafrul, rekod menunjukkan pada 13 Disember 2019, kerajaan telah menawarkan penyelesaian sebanyak AS$4 bilion kepada Goldman Sachs.

MalaysiaGazzete

Pakatan Harapan yang mulakan pemulangan Duit 1MDB

Sebelum ini Proses pemulangan wang daripada syarikat bank antarabangsa, Goldman Sachs kepada kerajaan Malaysia melalui penyelesaian berkaitan kes Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak akan bermula tanpa digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, pemulangan wang dana 1MDB setakat ini berjumlah RM19 bilion tercetus daripada kemenangan kerajaan PH dan tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, pemulangan wang ini juga menjadi bukti wujudnya pelbagai salah laku dan kebobrokan pada zaman kerajaan terdahulu.

“Majlis Presiden PH mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha ini termasuk Peguam Negara pada ketika itu yang telah memulakan proses perundangan demi mendapatkan keadilan buat rakyat Malaysia.

“Pemulangan wang ini juga menjadi bukti wujudnya pelbagai salah laku dan kebobrokan pada zaman itu (pentadbiran kerajaan BN),” katanya.

Kenyataan dari Majlis Presiden PH dikemukakan bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, di sebalik pemulangan semula wang dana 1MDB oleh Goldman Sachs, Majlis Presiden PH menyifatkan proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga ke penghujungnya.

Menurutnya, Majlis Presiden PH mengingatkan kerajaan PH terdahulu tidak bersetuju dengan tawaran Goldman Sachs sebelum ini untuk hanya memulangkan AS$1.75 bilion (RM7.46 bilion) kerana jumlah penuh yang dituntut adalah AS$7.5 bilion (RM32 bilion).

“PH menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah.

“Ini termasuk individu yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebagai ‘MO1’ dan Low Taek Jho (Jho Low) yang sehingga kini belum ditahan.

“Mereka tidak boleh dibenarkan bebas begitu sahaja,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik pengumuman mengenai penyelesaian bernilai AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) yang telah dicapai antara kerajaan Malaysia dengan Goldman Sachs bagi tuntutan kerajaan berhubung salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB.

Menurut beliau, dengan penyelesaian itu, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah AS$4.5 bilion (RM19 bilion).
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/93878/BERITA/Politik/PH-cetus-usaha-Goldman-Sachs-pulangkan-RM19-bilion-duit-1MDB
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’