MALAYSIA: Satu artikel telah dibuat oleh blogger Pakatan Harapan yang mengatakan bahawa Pemimpin UMNO mengesyaki bahawa Muhyiddin mempunyai rahsia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baca penuh di MHdaily.net
Sebelum ini, Free Malaysia Today ada melaporkan bahawa bekas timbalan menteri dalam negeri, Nur Jazlan Mohamed meminta agar UMNO berkeras dengan BERSATU dalam rundingan kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada PRU akan datang.
Menurut Jazlan, UMNO sepatutnya memberikan BERSATU 15 kerusi sahaja sebagai respon bagi mengulas laporan PPBM yang mahukan 50 kerusi.
Menurut Jazlan lagi, BERSATU harus sedar bahawa mereka tidak mempunyai sokongan yang kuat di akar umno bagi membolehkan mereka membentuk kerajan tanpa sokongan UMNO.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin naik sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai sokongan UMNO”
Jadi saya berharap agar UMNO dapat berkeras dalam rundingan agihan kerusi Pilihan raya. UMNO antara sebab mengapa kumpulan Muhyiddin dan partinya dapat menggantikan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari yang lalu.
Tambah Jazlan lagi, tidak mustahil bahawa Muhyiddin dan Dr Mahathir Mohamad yang akan mengetuai kumpulan lain dalam PPBM ada suatu persetujuan yang menguntungkan parti mereka tidak kira gabungan mana yang menang PRU.
“Sekiranya PN menang, Muhyiddin jadi Perdana Menteri dan kalau PH menang, Mahathir akan jadi Perdana Menteri. Jadi kita tidak boleh terperangkap dengan memberikan 50 kerusi kepada PPBM”
Secara tidak langsung ini bakal memaksa Parti Keadilan Rakyat meninggalkan PH, akan menyebabkan DAP sedar yang ia juga semakin lemah memandangkan masyarakat Cina menolak merena kerana menyokong Mahathir sebagai pemimpin PH.
Nur Jazlan turut mendakwa bahawa beliau mengesyaki bahawa Muhyiddin mempunya rundingan rahsia dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bagi meyakinkan beliau agar meninggalkan PH selepas gagal menjadi calon Perdana Menteri gabungan tersebut.
Sumber: https://mhdaily.net/pemimpin-umno-syak-muhyiddin-ada-rundingan-rahsia-dengan-anwar/