Lagi Kluster Baharu CoV-19, 130 kes aktif di Malaysia – Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Semalam dalam satu sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat satu lagi kluster baharu membabitkan sebuah hospitl di Kuching, Sarawak.

Kes pertama dikesan ialah seorang petugas kesihatan yang mengalaami gejala saluuran prnafsan pada 13 Julai yang lalu. Menurut KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa lelaki itu kemudiannya didapati positif cov-19 pada 19 Julai yang lalu.

“Hasil daripada keputusan siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan, sehingga jam 12 tengah hari semalam, 61 orang telah disaring dengan 5 daripada didapati positif manakala 56 lagi negatif.”

Ini menjadikan kluster ini ada 6 kes memababitkan 5 petugas kesihatan dan seorang pekerja syarikat pembersihan.

Kesemua mereka ini sedang dirwat di Hospital Umum Sarawak. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa perkhidmatan di hospital itu bagaimanapun masih diteruskan seperti biasa.

130 kes aktif

Dalam perkembangan semasa juga, KKM menyuarakan rasa bimbang mereka berikutan kes harian cov-19 terus meningkat naik terutama membabitkan kes penularan dalam negara.

Menerusi KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebelum ini jumlah kes aktif dilihat meurun kepada 63 kes iaitu pada bulan Julai yang lalu. Namun pada masa ini trendnya kembali meningkat.

Beliau berkata situasi itu menjadikan kes aktif kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai lalu dan kini sudah mencecah 130 kes.

“Sehingga 21 Julai, jumlah kluster yang aktif adalah 19 kluster di mana terdapat 13 kluster baharu yang diumumkan dalam 10 hari kebelakangan ini.

“Tiga daripada 13 kluster ini adalah berkaitan dengan penularan tempatan kes CoV-19 daripada kes import iaitu kluster PUI Novgorod, PUI Shirala dan PUI Pitakwa.

“Bagaimanapun, kluster Jupiter tidak mengakibatkan penularan tempatan memandangkan ianya membabitkan kluster terpencil di mana sebuah kapal yang sedang berlabuh,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan semasa CoV-19 di sini, hari ini.

Oleh itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi.

Jelasnya, ia membabitkan pengumuman yang mewajibkan prosedur kuarantin wajib selama 14 hari kepada mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di Stesen Kuarantin ditetapkan kerajaan berkuat kuasa Jumaat ini.

Katanya, langkah itu diharap dapat mengelakkan daripada berlaku lagi kluster jangkitan Cov-19.

“Namun begitu, harus diingat bahawa terdapat juga sembilan kluster lain yang merupakan penularan berkaitan kes tempatan dalam negara dan tidak berkaitan dengan kes import.

“Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah mula alpa dan leka, lalu mula tidak mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’