
MALAYSIA: Khabib Nurmagomedov berjaya mengekalkan kemenangan kali ke-29 berturut-turut selepas menundukkan Justin Gaethje dalam 2 pusingan sahaja.
Khabib mngis menyambut kemenangan tersebut apabila mengenangkan kejayaan tersebut tanpa ayah tercinta disampingnya.
Seperti semua sedia maklum bahawa ayahnya merupakan insan penting dalam kejayaannya sebelum ini apabila ayahnya menjadi jurulatih ketika dia masih lagi kecil.
Khabib Bersara
Menurut sumber, Khabib mengatakan perlawanan tadi adalah perlawanan terakhir di UFC dan akan mula brhnti daripada bertnding.
Ia dikatakan kerana beliau telah berjanji dengan ibunya mengenai perkara tersebut. Sebelum ini Khabib ada mengatakan tidak sabar untuk bertemu GSP.
Juara lightweight, Khabib Nurmagomedov, berkata dia hanya mahu bertemu Georges St-Pierre selepas perlawanannya dengan Justin Gaethje berakhir.
Bintang Russia tanpa kaalah, Khabib (28-0), akan kembali ke dalam octagon bertemu Gaethje (22-2) di UFC 254 di Abu Dhabi Ahad ini.
Menjelang perlawanan tersebut, St-Pierre telah bercakap mengenai perlawanan berdepan Khabib jika dia mengambil keputusan untuk kembali beraksi.
Bekas juara welterweight dan middleweight, St-Pierre — dilihat sebagai salah seorang petinju MMA terbaik — tidak berdepan mana-mana lawan sejak mengatasi Michael Bisping pada UFC 217 tiga tahun lalu.
Membuat persiapan untuk mempertahankan rekod sempurnanya dalam UFC, Khabib telah ditanyakan mengenai petinju MMA berusia 39 tahun itu dan berkata, “Saya sangat teruja apabila bercakap tentang Georges St-Pierre.
“Saya tidak tahun jika dia mahu kembali bertanding ataupun tidak, bolehkah dia turun ke 155 atau tidak — tetapi perlawanan ini membuatkan saya teruja.
“Dan saya berasakan perlawanan di antara saya dengan Georges akan menjadi perlawanan yang besar. Seperti perlawanan utama untuk penonton, untuk semua.
“Ini adalah satu-satunya perlawanan dalam UFC, selepas Gaethje, yang membuatkan saya teruja.”
Khabib menolak untuk berdepan Conor McGregor atau Dustin Poirier selepas bertemu Gaethje.
Terdapat spekulasi mengenai Khabib — yang mengatasi Poirier pada 2019 selepas mendominasi McGregor pada tahun sebelumnya — dijangka akan bertemu pemenang perlawanan yang dijangka bakal diadakan pada 23 Januari ini.
“Saya telah mengatasi kedua-dua petinju itu dan menang dengan mendominasi mereka,” kata Khabib. “Dan saya tidak berminat untuk bertemu mereka, kerana saya memerlukan sesuatu yang baru.
“Justin Gaethje memberikan motivasi kepada saya. Dia seorang yang berkualiti.
“Dustin dan Conor, mereka tidak memberikan saya semangat, tidak memberikan sebarang motivasi kepada saya. Bertinju untuk apa? Untuk legasi? Saya telah atasi mereka. Segalanya sudah berakhir untuk mereka.”
Namun namaknya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Khabib meneruskan niatnya dengan menunaikan janjinya kepada ibunya.
Gaethje mahu menggembirakan ibu
Niat untuk membuat ibunya gembira sebagai sang juara belum lagi kesmpaian buat Gaethje. Justin Gaethje menegaskan ibunya boleh berhenti bekerja selepas dia melengkapkan pertembungan berdepan Khabib Nurmagomedov pada UFC 254, hujung minggu ini.
Gaethje dijangka membawa pulang lebih £2.5 juta (RM13.5 juta) susulan pertarungan dengan Khabib di Fight Island.
Bercakap menjelang perlawanan itu, Gaethje mengakui selagi pertarungan itu berjalan lancar dia akan memastikan ibunya, Carolina – kelahiran Mexico dan berkerja di pejabat pos – tidak lagi perlu bekerja.
“Ibu bapa saya tidak pernah melakukan perjalanan antarabangsa dengan kapal terbang,” kata Gaethje kepada BT Sport menjelang perlawanan di Fight Island bersama Khabib.
“Mereka harus terbang dengan kelas business. Mereka tidak pernah terbang dengan kelas business.
“Bapa saya [John] bersara setahun yang lalu – dia berkerja 37 tahun di lombong bijih dan ibu pula akan bersara selepas ini.
“Saya akan memastikan ibu akan bersara selepas pertarungan ini. Dia sudah berkerja lebih 35 tahun.
“Mereka bekerja keras untuk menampung kehidupan kami adik-beradik. Inilah masa untuk saya menggembirakan ibu dan agar ibu dapat berehat.”
Gaethje, 31, dari Amerika tampil pada saat akhir untuk menewaskan Tony Ferguson, 36, bagi kejuaraan interim.
Selepas Khabib, 31, tidak dapat mempertahankan kejuaraan tali pinggang lightweight di UFC 249 berikutan pandemik Covid-19.
Ia sekali gus melayakkan pertemuan berdepan Khabib, dengan Gaethje tidak berminat menyeraahkan kejuaraan dengan mudah kepada atlet Russia yang tidak pernah teewaas itu. – Sinar Harian, Harian Metro, SiakapKeli
Leave a Reply