Connect with us

Malaysia

Kes Covid-19 Semakin Tinggi, Kemana Hala Tuju Malaysia ?

Published

on

MALAYSIA: PKP demi PKP telah dilaksanakan namun begitu bilangan kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dan bagai tiada kesudahannya. Kemanakah hala tuju negara kita selepas ini ?

Apa yang lebih menyedihkan apabila pesakit kronik covid-19 selepas ini bakal “DIBIARKAN” apabila fasaliti perubatan negara semakin terhad disebabkan jumlah pesakit semakin tinggi setiap hari. Ini berdasarkan laporan yang dibuat oleh Harian Metro berdasarkan situasi semasa di Kedah.

“Pesakit kronik yang dianggap sebagai tiada harapan untuk sembuh tidak lagi dapat ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di Kedah, berikutan jumlah katil sangat terhad ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, walaupun jumlah katil di ICU masih mencukupi, pihaknya bimbang jika pesakit kritikal lain tidak dapat dimasukkan ke ICU yang kini dipenuhi pesakit Covid-19.

Beliau berkata, pegawai perubatan bertugas terpaksa membuat penilaian cukup berat dalam memilih antara pesakit kritikal dan pesakit Covid-19 yang perlu dimasukkan segera ke ICU.

“Saya serba salah hendak maklum atau tidak keadaan ini, tetapi perlu beritahu juga. Dalam sesetengah kes doktor terpaksa pilih yang mana perlu hantar ke ICU, sekiranya pesakit terlalu kronik dan tidak mempunyai harapan, kita tidak masukkan dia lagi ke ICU.

“Ini termasuk pesakit bukan kes Covid-19, doktor akan membuat penelitian cukup berat bagi setengah kes. Bagaimanapun, kita sebolehnya akan merawat semua pesakit sehingga sembuh dan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.”

ADAKAH PKP MASIH DIANGGAPP SEBAGAI JALAN PENYELESAIANNYA ?

Malaysia masih lagi menganggap PKP sebagai satu langkah penyelesaian untuk memutuskan rantaian penularan covid-19 di Negara ini. Bagi saya secara individu rantaian penularan ini tidak akan putus sekiranya kerajaan tidak jujur dan telus dalam melaksanakan PKP. Dan sekiranya  masih lagi melaksanakannya PKP seperti sekarang iaitu PKP separuh masak ia akan menjadi faktor utama kes terus melonjak tinggi dan tidak hairan sekiranya jumlah kes bakal mencecah 10,000 sehari. Nyawa mereka yang tidak bersalah pula akan terus menjadi sia-sia.

Bagi saya kerajaan harus mengakui bahawa PKP yang sedang dilaksanakan buat masa ini adalah PKP main-main yang mana sebenarnya pergerakan individu adalah bebas ! Mereka patut mengembalikan semula Perintah Kawalan Pergerakan Pertama yang mana semua sektor ditutup dan rakyat diminta untuk berada di rumah mereka tanpa berkecuali baik “kayangan” atau “rakyat marhaen”

Ye benar, kembalikan semula PKP 1.0 dengan semua sektor patut ditutup dan rakyat Malaysia patut setuju dengan perkara ini walaupun pahit dari segi ekonomi dan kelangsungan hidup mereka. Rakyat juga harus sedar bahawa dengan melaksanakan PKP KETAT tersebut dapat memutuskan rantaian penularan covid-19 sepenuhnya dengan syarat tambahan kerajaan juga adil dan telus dengan rakyat untuk tidak membenarkan orang asing masuk ke dalam negara dengan mudah yang mana mereka ini mungkin akan menjadi pembawa kembali.

Mungkin ramai tidak tahu atau buat-buat tidak tahu, pintu sempadan negara masih lagi dibuka untuk membawa masuk warga asing atau rakyat negara Malaysia yang berada di luar negara. Walaupun pemantauan ketat dibuat, tetapi saya yakin masih ada lagi yang terlepas seperti mana sebelum ini Menteri sendiri boleh kesana kesini selepas berada di luar negara atas urusan rasmi. Adakah perkara ini tidak dipandang serius oleh kerajaan ?

Disebabkan perkara diataslah membuatkan usaha rakyat akan sia-sia dan hidup rakyat akan tertekan sampai bertahun-tahun !!! Kes pun tidak akan ada kesudahan kerana kerajaan sendiri tidak bersikap adil dan tidak tegas dalam melaksanakan undang-undang atau SOP.

TIDAK WAJAR PKP HANYA DI NEGERI TERTENTU

Saya melihat pandangan kerajaan untuk melaksanakan PKP secara tertumpu dinegeri-negeri yang mempunyai kes tertinggi. Saya tertanya-tanya apa yang sedang ingin dilakukan oleh kerajaan ? Adakah mereka yakin berjaya PKP disesetengah negeri dapat mengurangkan kes covid-19 ? Adakah mereka tidak fikir sektor ekonomi akan bergerak seperti biasa dan tetap akan ada pergerakan keluar masuk dari satu negeri ke satu negeri ?

Jadi apa kebaikannya ? Tetap akan ada penularan !!! Lebih-lebih lagi Selangor yang merupakan pusat ekonomi yang kebanyakkan lori atau van akan bergerak dari negeri ini ke negeri-negeri lain atau negeri-negeri lain akan bergerak masuk ke dalam negeri ini ? Jadi keputusannya tetap akan sama rantaian virus itu tidak akan dapat diputuskan !!!

Saya sangat tidak setuju sekiranya hanya negeri-negeri tertentu sahaja di buat PKP. Jika benar ingin PKP laksanakan satu Malaysia.

RAKYAT TIDAK TAKUT DAN SUDAH BOSAN

Tahukah anda disebabkan oleh undang-undang yang pelaksanaan yang tidak begitu ketat membuatkan rakyat sebenarnya tidak takut dengan hukuman yang bakal mereka terima. Tambahan pula rakyat sudah bosan dengan orang kerajaan yang terlalu memilih bulu !!!

Mengapa saya mengatakan begitu ? Kerana yang pertama kita dapat lihat dengan jelas bahawa individu sebenarnya boleh sahaja merentas negeri atas “ALASAN” kerja. Anda tidak boleh nafikan ada kalangan mereka ini mengambil kesempatan atas alasan yang diberikan. Mereka ini boleh bercuti dan sebagainya. Yang kita nampak sedikit namun yang tidak kita nampak saya jamin dan yakin banyak sebenarnya !!!

Seterusnya, individu juga tidak takut dengan undang-undang menyebabkan SOP tidak dibuat kerana apa kerana penguatkuasaan undang-undang itu tidak dibuat dengan baik oleh pihak penguatkuasa. Saya yakin masih lagi banyak mall di luar sana gagal mematuhi SOP dengan baik. Adakah pemantauan yang kerap dilaksanakan oleh pihak penguatkuasa ? Sudah pasti tidak mereka ini hanya membuat pemantauan bila perlu sahaja.

Disebabkan bosan dengan golongan-golongan yang gagal mematuhi SOP ini membuatkan orang yang pada mulanya patut SOP sudah mula kecewa dan melawan, mereka ini sudah menanam sikap “AH AKU PATUH SOP ORANG LAIN TAK PUN, BAIK AKU PUN HIDUP MACAM BIASA”, “AH KAT MALL OK JE TAK ADE NAK SOP BERIA-RIA KENAPA MASJID DISEKAT BEGITU BEGITU”.

Kesimpulannya sampai bila-bila kes tidak akan putus (sehingga ada penawar). Jadi bagi saya pucuk pangkalnya semuanya berbalik kepada kerajaan merekalah kunci sebenar kejayaan dalam memutuskan rantaian penularan covid-19 ini. Jika mereka ingin berjaya kerajaan harus menanam mindset baru dalam minda rakyat. Jadi bagaimana ? Sudah pasti dengan sikap kerajaan yang tidak memilih bulu, dengan sikap kerajaan yang telus dan ketat ! Dengan sikap kerajaan yang adil. Semua rakyat patut takut dengan undang-undang terlebih dahulu !!! Tanamkan mindset itu terhadap rakyat biar semua rakyat patuh dan tidak akan mempersoalkan tindakan kerajaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular