Connect with us

Malaysia

TERKINI Kes cov-19 meningkat kembali 3 angka, 181 kes dilaporkan hari ini Dominasi kes tempatan

Published

on

MALAYSIA: Selepas beberapa hari kes cov-19 kembali 2 angka, hari ini kita dikeejvtkan sekali lagi dengan peningkatan luar biasa kes cov-19 di Malaysia.

Ini selepas Kementerian Kesihatan Malaysia melalui ciapan di akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 14 kes telah pulih.

Menerusi perkongsian tersebut, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 9,181 kes secara keseluruhannya.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan bahawa terdapat 182 kes positif baharu CoV-19 dicatatkan hari ini (11 September 2020).

182 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 9,810 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan CoV-19 yang dilaporkan pula adalah sebanyak 501 kes.

Menerusi maklumat tersebut juga, daripada 182 kes baharu CoV-19 dilaporkan hari ini, terdapat 1 kes import manakala 181 kes lagi adalah penvlaran tempatan.

Daripada 181 kes tempatan yang dilaporkan, 90 kes terdiri daripada warganegara dan 91 lagi adalah bukan warganegara.

Turut dimaklumkan juga bahawa terdapat sembilan kes sedang dirawat di ICU dan lima kes yang memerlukan b4ntuan alat pernaafaasan.

Dalam pada itu juga, tiada keemaat1ian baharu berkaitan CoV-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kematian yang melibatkan CoV-19 kekal sebanyak 128 kes atau 1.30% secara keseluruhannya.

MERUNCING

Keadaan penularan CoV-19 di Malaysia kini berada dalam keadaan meruncing dan “b4r4 ap1 yang ada perlu dikawal supaya tidak merebak menjadi keb4k4r4n.”

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan demikian ketika sesi soal jawab dengan media selepas melaporkan perkembangan situasi CoV-19 dalam negara semalam, Khamis 10 Sept.

Sekiranya keadaan berterusan meruncing, peluang menjadi tipis untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) “membendung kebakaran” dan kemungkinan kes positif CoV-19 akan meningkat mendadak dan menyebabkan banyak kematian seperti yang berlaku di banyak negara luar.

Kebimbangan beliau sudah tentunya berasas memandangkan kes baharu CoV-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini ditambah dengan kemunculan kluster baharu terutama di Kedah dan di Sabah.

Untuk rekod, Malaysia mencatat kes positif CoV-19 tiga angka iaitu 100 pada Selasa 8 Sept, iaitu yang tertinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan pada Jun lepas.

Untuk hari lain sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini, kes baharu CoV-19 dua angka dicatat pada Isnin 7 Sept (62 kes), Rabu 9 Sept (24 kes), Khamis 10 Sept (45 kes) dan enam (6) kes pada Sabtu 5 Sept dan enam (6) kes pada Ahad 6 Sept.

Dr Noor Hisham juga jelas khuatir dengan nilai Rt atau R naught (Ro) yang meningkat kepada 2.34 pada 9 Sept dan kemudiannya menurun kepada 1.78 pada 10 Sept.

Beliau sebelum ini menyatakan kemunculan kluster baharu ini meningkatkan nilai Ro iaitu kebolehjangkitan sesuatu v1rvs pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat. Secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh v1rvs yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.

Pada 26 Ogos 2020, Ro dilaporkan 0.74. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa 8 Sept memaklumkan bahawa Ro meningkat kepada 1.72 di Malaysia.

Peningkatan ketara ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak transmisi di dalam komuniti.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Ro adalah 3.55. Menurut Dr Noor Hisham, menurunkan nilai Ro kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu memvtvskan rantaian penularan jangkitan CoV-19 di Malaysia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular