Kes baharu Positif Cov-19 sebanyak 660 orang – Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Dalam sidang media pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 660 kes baharu direkodkan sehingga jam 12 tengah hari, hari ini.

Dengan 643 kes penularan tempatan manakala 6 lagi ialah kes import. Dengan jumlah tersebut kes keseluruhan cov-19 yang pernah dicatatkan di Malaysia ialah sebanyak 17,540.

Manakala pada hari ini seramai 233 orang pesak1t cov-19 sembuh dengan jumlah kumulatif pesak1t sembuh cov-19 ialah sebanyak 11,605 orang.

Jumlah kes yang masih lagi aktif di Malaysia dimaklumkan sebanyak 5768 atau 32.88% sehingga hari ini.

cov-19 pada hari ini

Berikut pula adalah peecahan peskit mengikut negeri. Anda boleh saksikan negeri mana yang anda duduk dan sentiasa berhti2.

TINDAKAN AKTIF MENGAWAL PENULARA KES COV-19 DALAM KELOMPOK KLUSTER SEDIA ADA

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, terdapat peningkatan jumlah kluster-kluster baharu dilaporkan terutama di Semenanjung Malaysia, di samping peningkatan kes dalam kluster-kluster yang sedia ada.

Berikutan dari peningkatan jumlah kes dan kluster yang aktif ini, terdapat beberapa daerah di Semenanjung Malaysia yang telah berubah menjadi zon kuning dan merah. Sehingga 14 Oktober 2020, sebanyak 52 daerah yang dilaporkan menjadi zon kuning dan sebanyak 19 daerah telah menjadi zon merah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pelbagai tindakan diambil Kementerian Kesihatan misalnya dengan menjalankan Active Case Detection (ACD), meneruskan aktiviti-aktiviti survelan di klinik-klinik sentinel dan hospital-hospital, aktiviti pembersihan dan nyahkuman, serta meningkatkan ujian, pengesanan, pengasigangan dan rawatan.

Dalam masa yang sama, KKM dengan kerjasama pelbagai agensi berusaha memberikan penjelasan, khidmat nasihat dan didikan kepada masyarakat agar terus membudayakan norma baharu kehidupan agar kita dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan di dalam komuniti.

Oleh itu, KKM ingin mengajak rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk terus bersatu dan bersama-sama dalam perjuangan membendung penularan CoV-19 sebelum situasi pandemik ini menjadi lebih paarah.

Masyarakat, komuniti dan individual perlu berganding bahu dalam usaha ini dan bersama-sama mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes CoV-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, ia juga mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.

Katanya, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, beliau berkata, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,” katanya pada sidang media, hari ini.

Related Posts

[VIDEO] Perkahwinan Diraja Pada Bulan Ogos, Tengku Puteri Afzan Bakal Berkahwin?

Video : @aidnrfzh_ Kita doakan baik2 semoga dipermudahkan urusan. Amin. Nak tanya, kalau rakyat biasa boleh tak attend royal wedding??☝🏻😭saya nak tengok depan2 Credit vid: @Fafaroselan #pahangroyalfamily #tengkumuhammad #tabtms #tengkuputeriafzan…

[VIDEO] “Sewa Kilang 60k” Chef Amar Menangis Kena Kecam Gara2 Jualannya

Video :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’