Kes kemalangan yang berlaku di Tawau pada awal pagi tadi melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan merempuh pintu kaca sebuah bank di Jalan Mahkamah, telah mencuri tumpuan ramai. Insiden yang berlaku sekitar jam 5.15 pagi ini bermula apabila lelaki tersebut memandu seorang diri dari pusat bandar menuju ke rumahnya di Tanjung Batu. Namun, menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, kereta yang dipandu pemuda tersebut dilaporkan hilang kawalan sebelum terbabas, melanggar beberapa kenderaan lain dan akhirnya merempuh pintu kaca sebuah bank di lokasi kejadian.
Berita penuh :