
MALAYSIA: Datuk Seri Ismail Sabri memberi gambaran awal keputusan kerajaan bagi orang bujang untuk merentas negeri. Namun keputusan gembira atau tidak hanya akan kita ketahui pada hari esok sahaja.
Gambaran ini diberikan oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan itu selepas ditanya oleh seorang wartawan mengenai bilakah kebenaran rentas negeri diberikan oleh kerajaan kepada orang bujang.
Soalan Wartawan: Datuk Seri, saya ada dua soalan, adakah kerajaan akan mempertimbang pembukaan semula pusat tuisyen dengan mengamalkan SOP.
Soalan kedua saya, suami isteri terpisah boleh rentas negeri, bujang nak kahwin pun boleh. Jadi ramai orang tertunggu-tunggu datuk seri untuk orang bujang rentas negeri jumpa keluarga.
Jawapan Datuk Seri Ismail Sabri: Untuk soalan pertama, Menteri Pendidikan akan memberi jawapan, jadi sama-sama kita tunggu dari Kementerian Pendidikan.
Untuk orang bujang dan sebagainya merentas negeri kita tunggu pengumuman dari Perdana Menteri. Kerana saya dimaklumkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu.
Jadi saya tak nak umumkan dahulu takut ia berbeza dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Kang saya umum mendahului Perdana Menteri so tak boleh katanya dalam sidang media tersebut.
Jadi sama-sama kita nantikan perutusan daripada Perdana Menteri pada hari esok yang dijangka pada jam 3 petang. (makluman dari akhbar tempatan).
Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24
Leave a Reply