Pada 16 Ogos 2024, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berita baik buat seluruh penjawat awam – pelarasan gaji baharu akan dilaksanakan bermula akhir 2024 secara berperingkat sehingga 2026.
Trending Sekarang : Semakan Senarai Barang Mykasih
Ini adalah semakan semula struktur gaji pertama sejak semakan terakhir pada tahun 2013. Pelarasan ini akan berlaku melalui dua fasa utama, iaitu:
- Fasa 1: Bermula 1 Disember 2024
- Fasa 2: Bermula 1 Januari 2026
APA ITU SSPA ?
Kerajaan akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan sistem baharu yang dinamakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula 1 Disember 2024.
Tujuan utama SSPA adalah untuk:
- Menyusun semula struktur gaji berdasarkan prestasi;
- Meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan;
- Menambah baik ganjaran dan pembangunan modal insan.
Antara Elemen Penting dalam SSPA:
- Pengurusan & Pembangunan Modal Insan
- Pengukuhan Kepimpinan & Tatakelola
- Ganjaran Berasaskan Prestasi & Tatakelakuan
KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM : DUA FASA UTAMA
Fasa 1 – Bermula 1 Disember 2024
Kadar kenaikan adalah seperti berikut:
- Kumpulan Pengurusan Tertinggi: +4%
- Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana: +8% atau minimum RM250
Fasa 2 – Bermula 1 Januari 2026
Kadar kenaikan diteruskan seperti berikut:
- Kumpulan Pengurusan Tertinggi: +3%
- Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana: +7%
SIAPA YANG BERKELAYAKAN MENERIMA GAJI ?
Kelayakan Fasa 1 (1 Disember 2024):
- Pegawai dilantik sebelum 1 Disember 2024 dan masih berkhidmat pada tarikh tersebut.
- Pegawai meninggal dunia dalam perkhidmatan pada tarikh itu juga.
Kelayakan Fasa 2 (1 Januari 2026):
- Pegawai dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan masih berkhidmat pada tarikh itu.
- Pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut.
Tidak Layak:
- Menolak opsyen SSPA.
- Tidak lagi berkhidmat pada tarikh kuat kuasa Fasa 1 atau Fasa 2.
PENYELARASAN PENCEN 2026
Pesara juga akan menikmati penyelarasan pencen bermula 1 Januari 2026:
- Pesara Kumpulan Pelaksana & Pengurusan/Profesional: +7%
- Pesara Kumpulan Pengurusan Tertinggi: +3%
- Termasuk penerima pencen terbitan (waris pesara)
Nota: Kenaikan tahunan 2% bagi pesara yang bermula sejak 2013 telah dihentikan bermula Januari 2025 selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan pindaan Akta Penyelarasan Pencen 1980.
CARA BUAT SEMAKAN & PENGIRAAN GAJI
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyediakan:
- Kalkulator Gaji SSPA – bagi membantu penjawat awam mengira kenaikan yang akan diterima.
- Anda boleh akses kalkulator dan info lanjut di:
Facebook & Instagram JPA untuk pengumuman rasmi dan infografik.
PENUTUP
Pelarasan gaji penjawat awam 2025–2026 di bawah SSPA ini menandakan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan penjawat awam, mengiktiraf jasa dan merangsang peningkatan produktiviti.
Bagi anda yang terlibat, pastikan:
- Anda menerima opsyen SSPA tepat pada masanya.
- Ikuti perkembangan rasmi daripada JPA.