KELAYAKAN STR 2026 ; SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA STR 2026
Inisiatif bantuan tunai kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan pada tahun 2026 dengan penstrukturan semula yang memberi tumpuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
SIAPAKAH YANG BERKELAYAKAN SEBAGAI PENERIMA STR 2026 ?IKUTI INFO LANJUT DISINI.
BACA JUGA : STR FASA 3
KELAYAKAN STR 2026?
Penerima STR 2026 mestilah terdiri daripada salah satu kategori berikut:
- Isi Rumah
- Berstatus berkahwin (ada atau tiada anak); ATAU
- Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda, atau Duda yang mempunyai anak menepati syarat;
- Pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Berstatus bujang, ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda tanpa anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan mestilah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Berstatus bujang; atau
- Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda, atau Duda tanpa anak yang menepati syarat;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS;
- Pendapatan mestilah RM2,500 dan ke bawah.
Amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang Layak Diterima
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah berdasarkan kategori penerima dan pendapatan bulanan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUN BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah Tiada Anak | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | – |
Kadar Tambahan STR 2026 (Sumbangan Asas Rahmah – SARA)
Mulai tahun 2026, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai tambahan bantuan tunai. Kadar tambahan ini diberikan bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUN BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM1,200 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,200 5 Anak dan Ke atas : RM2,400 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM1,200 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,200 5 Anak dan Ke atas : RM1,200 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | RM 600 |
KAEDAH PEMBAYARAN STR
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
Tiada Maklumat akaun bank; atau
Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
CARA SEMAK KELAYAKAN
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-Mel : str@treasury.gov.my