
Diogo Luis Santo merupakan seorang pemain yang sangat berbaloi di bawa Johor Darul Ta’zim masuk ke dalam pasukan selatan itu. Diogo yang bermain dengan Buriram United sebelum menyertai JDT merupakan seorang pemain yang mempunyai “accurate finishing” yang tinggi.
Pemain ini boleh dikatakan antara pemain import terbaik di Liga Malaysia sehingga ke hari ini. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya pemain ini diingini semula oleh kelab yang bermain di Liga Thai.
Menurut satu sumber twitter berkaitan dengan bolasepak Thailand mengatakan bahawa Diogo sedang diintai dan dilamar oleh sebuah kelab berpengaruh di liga terbaik Asia Tenggara itu.
Dari ura-ura yang berlegar di media sosial mengatakan kelab yang berminat dengan pemain ini adalah kelab yang berpangkalan di Bangkok. Berikut adalah 6 kelab yang dikatakan berada di Bangkok Police Tero FC, Porft FC, BG Pathrum United, Samut prakan City, Bangkok FC dan Muangthong United.
Namun masih tidak dapat diketahui kelab manakah yang telah menghubungi JDT untuk mendapatkan pemain hadapan itu. Tetapi ada yang mengatakan kelab gergasi tersebut adalah Muangthong United
Ada juga yang mengatakan bahawa sekiranya Muangthong United berminat untuk mendapatkan pemain itu, maka sekarang bukanlah masanya kerana untuk menandatangani pemain itu bukanlah murah dengan prestasi semasanya di Johor DT.
Dalam masa yang sama Johor Darul Ta’zim juga dikhabarkan sedang mengintasi pemain baru dari Thailand untuk diserap masuk ke dalam pasukan Harimau Selatan itu. Ini sekaligus meninggalkan persoalan sama ada akan berlakunya pertukaran pemain dari kedua-dua buah kelab.
Leave a Reply