
Umum sedia maklum bahawa kejohonan Piala Dunia B-20 tahun bakal berlangsung di Indonesia pada tahun hadapan. Dengan keadaan semasa Menteri Belia dan Sukan Indonesia memberi bayangan kejohanan itu akan berlangsung tanpa penyokong.
Selain itu, Indonesia dikatakan terganggu sedikit dalam membuat persiapan akibat daripada penularan CoV-19 yang kini sedang melanda seluruh dunia.
Beberapa Prosedur dan protokol telah diberikan oleh kerajaan Indonesia dalam usaha mereka mengekang penularan CoV-19.
Indonesia juga akan mengenakan prosedur yang lebih ketak bagi setiap pemain dan pegawai sukan selepas ini. Perkara itu dibuat baik menjamin keselamatan pemain dan pegawai pasukan.
Oleh itu, Menterinya memberi tahu perkembangan semasa ke semasa akan diambil kira sebelum memutuskan keputusan rasmi sama ada mahu perlawanan diteruskan dengan penyokong atau sebaliknya.
“Jadi kita akan lihat nanti, adakah kejohanan ini akan berlangsung dengan penyokong atau sebaliknya. Perlawanan Piala Dunia akan bermula pada bulan Mei dan Jun 2021. Oleh itu kita akan pantau keadaan semasa”
Menteri sukan Indonesia ini juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi sokongan kepada mereka dalam mempersiapkan persiapan kejohanan ini.
“Walaupun berasa sedikit terganggu dengan pandemik ini, tapi kami tidak terlalu susah kerana ramai pihak datang menghulurkan bantuan. Kerajaan juga telah menyokong penuh setiap perkara yang ingin dilakukan seperti menaik taraf venue perlawanan.”
Kami mengucapkan semoga kejohanan ini akan berlangsung dengan baik nanti. Semoga Malaysia bawah 20 layak untuk menyertai kejohnan ini buat pertama kalinya.
Leave a Reply