
MALAYSIA: Sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa sehingga hari ini sebanyak 20 kes cov-19 dilaporkan.
Jangk1tan baharu di Malaysia pada hari ini dikatakan telah melonjak dengan merekodkan 20 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan sehingga ke hari ini 9149 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes baharu itu, 13 kes membabitkan penularan tempatan di dalam negara, baki tujuh kes adalah kes import yang mendapat jaangk1itan di luar negara.
“Kes baharu Cov-19 hari ini meningkat kepada 20 kes termasuk 11 kes daripada Kluster Tawar di Baling, Kedah. Satu lagi kluster baharu dikesan, Kluster Muda, juga di Kedah.
“Daripada 11 kes baharu daripada Kluster Tawar hari ini, lima kes adalah petugas hospi1tal dan seorang lagi pesaak1it yang pernah ditempatkan sebilik bersama kes pertama kluster ini. Selebihnya ahli keluarga dan majikan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan ada tujuh kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Cov-19 sebanyak 8,828 kes, 96.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Beliau berkata, daripada keseluruhan 9,149 kes kumulatif Cov-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 196 kes.
“Sehingga kini, empat kes positif Cov-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu lagi memerlukan bantuan peernaafasan.
“Tiada pertambahan kes keemaat1ian berkaitan Cov-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes keemaat1ian dalam negara kekal sebanyak 125 kes, 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.
Leave a Reply