Kebenaran pergerakan Rentas Negeri selepas 10 Mei 2020

Kebenaran pergerakan Rentas Negeri selepas 10 Mei 2020

Bagi mereka yang ingin merentas negeri selepas 10 Mei 2020 nanti, mereka hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak polis. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk SEri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini.

Namun, pergerakan yang dibenarkan hanyalah melibatkan kes kecemasan sahaja. Pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum memulakan perjalanan yang melibatkan negeri ke negeri.

“Untuk makluman semua, selepas 10 mei ini, pergerakan dari negeri ke negeri hanya dibenarkan melibatkan kes kecemasan, oleh itu sekatan jalan raya untuk rentas negeri masih lagi berjalan seperti biasa” – Katanya dalam sidang media harian di Putrajaya

Datuk Ismail Sabri turut mengatakan setakat ini situasi di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) masih lagi dalam kawalan, kadar kepadap ematuhan orang ramai juga adalah memuaskan.

“Orang ramai mematuhi arahan dan peraturan semasa ketika berada di kawasan rehat dan rawat”- Ismail Sabri

Selain itu, pihak PDRM juga telah memberi kebenaran semalam kepada lebih 26 ribu pemohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia dan lebih 6000 permohonan secara manual dibenarkan, ini adalah bagi mereka yang terkandas di KL untuk pulang ke kediaman mereka atau negeri-negeri lain.

Pada hari ini pula lebih daripada 70,000 kebenaran untuk mereka yang berada di Johor, Perak dan Kelantan bagi pulang ke kediaman masing-masing.

Manakala besok pula sebanyak 54000 kebenaran telah dikeluarkan untuk mereka yang berada di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Pahang. Manakala bagi mereka yang berada di Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor dibenarkan untuk merentas negeri pada 10 Mei 2020.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*