Ketua Balai bersama 3 Anggota Polis Didkwa Terima Suapan RM300 hingga RM1200

Ketua Balai bersama 3 Anggota Polis Didkwa Terima Suapan RM300 hingga RM1200

MALAYSIA: Empat anggota polis termasuk seorang timbalan ketua balai hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan berasingan menerima rasuah wang tunai sekitar Mac 2016 hingga Februari 2017.

Keempat-empat tertuduh iaitu Sarjan Mohamed Azli Adam, 56, yang merupakan Timbalan ketua Balai Polis Komuniti Bandar Teknologi, Semenyih.

Norulirwanshah Saad, 37, Mohd Hidmi Idham Azizan, 36, masing-masing berpangkat Koperal serta Konstabel percubaan Azlan Ab Mutalib, 35.

Membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Azli, Norulirwanshah, Mohd Hidmi Idham dan Azlan masing-masing didkwa atas satu pertuduhan menerima wang tunai RM300, RM1,200, RM800 dan RM500 daripada seorang individu berusia 41 tahun dengan tanpa balasan yang mereka mengetahui ada hubungan dengan tugas rasmi sebagai anggota polis.

Mereka didkwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Komuniti Bandar Teknologi, Semenyih, pada 14 Mac 2016, di JJ Harmony Spa, Taman Anggerik Semenyih dekat sini, pada 5 Oktober 2016 hingga 4 Februari 2017 dan di Restoran Pecel Lele, No 2, Jalan Hentian 3, Kajang pada 27 Jun 2016.

Norulirwanshah dan Mohd Hidmi turut berdepan satu lagi pertuduhan bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas dengan niat menerima wang tunai RM800 juga daripada individu sama, di JJ Harmony Spa, Taman Anggerik Semenyih pada 5 Januari 2017.

Kesemua mereka didkwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM3,500 bagi setiap pertuduhan masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 November untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadhli Ab Wahab dan Tuan Attfina Tuan Kamaluddin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin dan Dir Kheizwan Kamaruddin.- Bernama

Dijel tiga bulan, denda RM10,000 kerana rasuah polis

Laporan sebelum mengatakan seorang pengawal keselamatan serta dua lelaki warganegara Pakistan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini kerana memberi rasuah kepada seorang pegawai polis, minggu lalu.

Hakim, Mohd Ghazali Mohamad Taib memerintahkan hukuman itu selepas Usein Mohd Nazeer, 23, dan dua warganegara Pakistan berkenaan, Qasim Ali, 35, dan Muhammad Iqbal Manzoor, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh itu menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didkwa memberi suapan sebanyak RM2,000 kepada Inspektor G Saravanaa sebagai dorongan supaya tiada tindakan diambil terhadap dua lagi lelaki warga Pakistan yang juga anak kepada kepada Muhammad Iqbal.

Anak Muhammad Iqbal ditangkap pada 4 Jun lalu kerana disyaki melakukan kesalahan merentas sempadan negeri tanpa kebenaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan itu di bilik Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenyah Ibu Pejabat Polis Daerah Bera kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 9 Jun lalu.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam didkwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Undang-undang Malaysia Akta Nombor 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abidin meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap semua tertuduh sebagai pengajaran kepada orang awam supaya tidak memberi suapan kepada mana-mana pihak.

“Sama ada nilai rasuah sikit atau banyak, hukuman akan tetap dikenakan terhadap mereka kerana terlibat dengan jnayah rasuah,” katanya. VIA -SInar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*