Kalau Maatî Hari Ini, Tak Rasa Duit KWSP, Elok pertimbangkan keluar duit KWSP – PPIM

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mempertimbangkan semula cadangan pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kegunaan rakyat yang terkesan dengan Cooviid-19.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ia perlu dibenarkan ketika rakyat kebanyakannya terjejas sumber pendapatan dan hilang pekerjaan selepas kerajaan melaksanakan langkah pencegahan pandemik itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerajaan sejak 18 Mac lalu memberi kesan ekonomi kepada rakyat khususnya mereka yang bekerja sendiri atau berniaga secara kecil-kecilan, katanya.

“Kalau penggunaan wang itu melibatkan antara hidup dan maatii, bagi dia tentu hidup sekarang daripada dia maatii tak pasal-pasal.

“Cadangan itu saya rasa patut dipertimbangkan sebab KWSP ini simpanan masa depan, kita kalau dua tiga hari atau maatiihari ini, tak hidup pada masa depan.

“Walaupun asasnya tidak dibenarkan tapi kalau melibatkan kes-kes yang terlalu kritikal, ia patut dibenarkan, lagi pun itu duit rakyat.

“Masa depan tak siapa pun tahu, jadi kita rasa elok dipertimbangkan supaya kita boleh guna duit kita,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Beliau mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar rakyat dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM10,000 secara one-off dari akaun satu KWSP bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Cooviid-19.

Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil merasakan cadangan itu sukar dilaksanakan pada waktu ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan masa depan pencarum.

Nadzim juga menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan itu hanya kepada kes-kes tertentu sahaja termasuk kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung rakyat akibat langkah PKP.

“Kerajaan perlu menilai semula kepada kes-kes yang benar-benar kritikal dan mendesak seperti rawatan pembedahan, kalau tunggu sudah pasti dia maatii dulu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Pengeluaran Akaun 1 KWSP akan hakis perlindungan masa depan ahli – Alizakri

KUALA LUMPUR – Akses kepada simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan satu-satunya cara untuk
mendapatkan wang tunai semasa penularan Cooviid-19.

Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias ​​berkata, kerajaan telah menyediakan banyak bantuan kewangan langsung melalui PRIHATIN, PRIHATIN SME +, PENJANA, dan KITA PRIHATIN berjumlah RM55 bilion untuk B40 dan M40.

Selain itu, katanya, ada juga langkah-langkah bantuan lain, seperti membenarkan akses ke Akaun 2 KWSP melalui i-Lestari, dengan lebih RM11 bilion dikeluarkan kepada lebih daripada 4.7 juta ahli sejak April tahun ini.

“Simpanan persaraan adalah insurans ahli untuk kesejahteraan masa depan mereka dan membenarkan ini (keluar Akaun 1 KWSP) akan menghakis perlindungan itu.

“Saya menggesa ahli untuk membuat temu janji dengan pegawai Perkhidmatan Penasihat Persaraan kami untuk membantu merancang kewangan mereka yang dapat mengambil kira semua bentuk bantuan yang ada dan mengatasi mereka melalui ini masa sukar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alizakri berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akses Akaun 1 KWSP
untuk mengatasi cabaran Cooviid-19 boleh menyebabkan masalah yang lebih besar pada masa depan.- MalaysiaGazette

Kerajaan sukar benar pengeluaran akaun 1 KWSP – PM

Sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak Cooviid-19, kata Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini. – Malaysia Gazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*