
MALAYSIA: Sebelum ini tvlar di media sosial kononnya ada jururawat berulang 225 kilo meter setiap hari untuk ke tempat kerja.
Berikut kami kongsikan artikel atau kisah yang telah ditvlarkan di media sosial tersebut.
Kisah seorang jururawat menyentuh hati pegawai polis Melaka, kerana dia difahamkan memandu berulang alik sejauh 225km dari rumahnya di Melaka ke tempat kerjanya di Hospital Tunku Aminah, Johor Bahru.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Senior Asst Comm Datuk Sharul Lalli Masduki, jururawat tersebut mengambil masa sekitar tiga jam untuk tiba di tempat kerjanya dari rumahnya di Melaka.
Jururawat yang agak berusia itu dikatakan memandu seorang diri di sekatan jalan di pintu keluar Plaza Tol Ayer Keroh kira-kira jam 3 petang, semalam.
Ketika ditanya, jururawat tersebut memberitahu pegawai polis bahawa memandu ke tempat kerjanya adalah rutin harian baginya.
Menurut SAC Sharul, dia sangat tersentuh hati apabila jururawat tersebut memberitahunya tentang jarak yang sangat jauh perlu ditempuh untuk sampai ke tempat kerjanya.
Menurut jururawat tersebut, perjalanan ke tempat kerjanya akan mengambil masa yang lebih lama, jika berlaku kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan pada waktu puncak.
Tambah jururawat tersebut, dia perlu pergi ke Johor Bahru pada setiap hari kerana komitmennya kepada keluarganya. – Sumber artikel di : https://www.motoqar.com/2020/48268/jururawat-ulang-alik-dari-melaka-ke-johor-bahru-untuk-ke-tempat-kerja-setiap-hari.html
HSA nafi jururawat berulang alik Melaka ke Johor Bahru
Johor Bahru: Hospital Sultanah Aminah (HSA) menafikan ada jururawat yang bertugas di hospital itu berulang alik setiap hari dari Melaka ke Johor Bahru.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Pengarah HSA Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, semakan pihaknya mendapati tiada kes seumpama itu berlaku membabitkan kakitangan HSA.
“Merujuk kepada artikel yang disiarkan di sebuah portal berita tempatan, bertarikh 10 November, yang bertajuk Melaka Dep Police Chief touched by Nurse’s daily 225KM commute to work, pihak pengurusan hospital menafikan kenyataan dikeluarkan dalam akhbar berkenaan.
“Hasil semakan kami, sehingga kini mendapati bahawa tiada Jururawat yang berulang alik dari Melaka ke Johor Bahru setiap hari untuk bertugas di HSA sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar berkenaan.
“Bagaimanapun, kami menggesa mana-mana anggota HSA yang memerlukan sebarang bantuan khususnya berhubung isu ini agar tampil ke Unit Komunikasi Korporat, HSA untuk tindakan selanjutnya,” katanya, hari ini
Berita jururawat itu turut tular di media sosial yang menyatakan tindakan jururawat terbabit yang memandu berulang alik sejauh 225 kilometer dari rumahnya di Melaka ke HSA menyentuh hati pegawai polis di Melaka.
Artikel itu turut mendakwa jururawat terbabit mengambil masa sekitar tiga jam untuk tiba di tempat kerjanya dari Melaka.
Leave a Reply