Jika Mohamadou Sumareh masuk JDT, siapa yang akan dipinggirkan

Jika Mohamadou Sumareh masuk JDT, siapa yang akan dipinggirkan

Kebelakangan ini status pemain sayap Pahang Mohamadou Sumareh sedang hangat dibincangkan oleh peminat bolasepak tanah air. Ada yang mengatakan bahawa pemain itu bakal ke Selatan tanah air.

Dikatakan bahawa pemain itu bakal berhijrah ke selatan tanah air untuk menyertai skuad Harimau Selatan selepas saingan Liga Malaysia musim 2020 melabuhkan tirainya nanti.

Rumuor perpindahan pemain ini ke dalam pasukan juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim bertiup kencang selepas pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen di laman sosial pemain itu.

Sekiranya pemain ini benar-benar ke Johor Darul Ta’zim, pemain manakah yang bakal digantikannya untuk merebut kesebelasan utama.

Jika kita lihat kepada posisi pemain ini sudah pasti, tempat pemain import Johor DT, Gonzalo Cabrera atau Safawi Rasid bakal diisi. Sekiranya dia mendapat tempat sebagai pemain kesebelasan utama sudah pasti salah satu dari 2 pemain itu terpaksa mengorbankan tempat mereka.

Namun timbul pula persoalan, dua pemain yang mempunyai posisi sama dengan Sumareh telah memberikan aksi terbaik adalah mampu untuk Sumareh mengantikan mereka ?

Untuk pengetahuan anda semua, kedua-dua pemain tersebut telah berjaya menjadi pemain pilihan bagi mengisi tempat di bahagian kiri dan kanan pasukan Johor Darul Ta’zim sejak dari tahun 2017.

Jika benar Sumareh ke Johor Darul Ta’zim sudah pasti pengurus pasukan dan ketua jurulatih bakal pening kepala untuk meletakkan siapa dahulu dalam kesebelasan utama.

Kerana ketiga-tiga pemain tersebut sangat dominan untuk beraksi di jentera kiri dan kanan. Namun kami tinggalkan persoalan sama ada benarkan pemain ini bakal mengikuti jejak langkah sahbatnya Mathiew Davies ke Selatan tanah air?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*